Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

JAWI Diarah Bantu Urus...

KOTA KINABALU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom...

Guna Teknologi Dron Hantar...

PUTRAJAYA: Pasukan Tindakan Kecemasan Khas Perkhidmatan Dron (PTK2Dron) ditubuhkan bagi membantu usaha kritikal...

Agong Berkenan Lawat Zoo...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Operasi Kawalan Harga KPDNKK...

KUALA LUMPUR - Operasi pemantauan dan kawalan harga oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,...

Mudah Senyum, Tidak Protokol Kenangan Arwah

KUANTAN – Keperibadian Anggota Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail yang mudah tersenyum dan tidak suka berprotokol menjadi kenangan mereka yang pernah berurusan dengan beliau.

Abdul Manan, 70, disahkan meninggal dunia pada 6.45 petang semalam, selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate hari ini.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang berkenan mencemar duli menziarahi jenazah arwah di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati menzahirkan kesedihan atas pemergian Abdul Manan yang disifatkan sebagai kehilangan yang besar.

“Kehilangan besar seorang hamba Allah, seorang yang setia kepada raja dan pemimpin…seorang yang amat prihatin terhadap keperluan rakyat. Allah lebih menyayangi arwah,” titah baginda yang turut bertemu keluarga arwah dan menyertai solat jenazah.

Wakil wartawan sambilan stesen televisyen di Pahang Mohammad Sofiyyuddin Sarani, 33, menyifatkan Abdul Manan sebagai seorang yang amat mudah ditemui, senang tersenyum dan akan memberi layanan terbaik kepada tetamu termasuk petugas media.

“Arwah juga banyak membantu sebuah madrasah di Permatang Badak (Kuantan) yang diasaskan oleh pemimpin PAS. Walaupun berbeza haluan politik, arwah tidak pernah lokek dan sentiasa bertanya apa lagi yang boleh dibantu.

“Begitu juga dengan Persatuan Sukan Muay Thai…arwah menyokong penubuhannya supaya anak muda mempunyai aktiviti. Beliau memang suka membantu dan perkara ini hanya diketahui mereka yang rapat sahaja. Kalau mahu berjumpa beliau juga sangat mudah,” katanya.

Pemergian Abdul Manan yang juga Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) turut dirasai petugas media Pahang yang memuat naik status dan berkongsi gambar kenangan mereka bersama arwah di laman sosial masing-masing.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu berkata arwah merupakan seorang yang amat terbuka untuk mendengar pandangan orang lain dan menjaga tutur katanya, walaupun semasa kali pertama mereka berjumpa.

“Saya bertemu arwah di pejabatnya di Paya Besar pada tahun lepas untuk menjelaskan mengenai pendirian PAS berkaitan pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355. Beliau mendengar dengan sangat tekun,” katanya.

Bekas Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Rahim Othman, 58, berkata beliau kehilangan seorang sahabat dan guru kerana Abdul Manan merupakan individu yang mempengaruhinya untuk melibatkan diri dalam politik dengan niat mahu membantu masyarakat.


Katanya, mereka berkenalan pada tahun 1986 iaitu semasa arwah menjadi Setiausaha Sulit Khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan hubungan akrab itu tidak pernah berubah walaupun arwah menjadi ADUN Panching pada 2004.

“Walaupun sibuk, arwah tetap mencuri masa untuk bertanya khabar kawan-kawan. Jika berkesempatan, beliau akan menyertai sesi ‘mengeteh’ kami. Beliau juga sangat menjaga pertuturannya dan tidak gemar untuk bercakap buruk tentang hal orang,” katanya.

Bagi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin menyifatkan arwah sebagai seorang yang tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan ilmu walaupun semasa kali pertama berjumpa.

Katanya, beliau semasa itu baru pulang dari Amerika Syarikat pada tahun 1992 dan setiap kali menyertai lawatan kerja Najib selaku Menteri Pelajaran dan Menteri Pertahanan semasa itu, arwah sering menasihatnya semasa mereka dalam perjalanan.

“Kali terakhir kami bertemu ialah pada program berkhatan Paya Besar pada 2 Dis lalu. Arwah jemput saya untuk merasmikannya dan semasa itu pun, arwah sempat berpesan supaya terus menyokong pemimpin yang ikhlas berjuang untuk rakyat.

“Arwah juga amanah. Saya lihat ramai yang mahu sampaikan pesanan kepada Najib melaluinya dan arwah akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan amanah itu,” katanya.

Sementara itu, Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga arwah berkata beliau mengingati Abdul Manan sebagai seorang yang baik walaupun mereka membawa haluan berbeza di Parlimen.

“Kami memang berkawan kerana sama-sama dari Pahang. Saya mengingati beliau sebagai seorang yang baik dan berperibadi mulia… saya tidak dapat menziarah kerana berada di luar negara, tapi saya terus mendoakan beliau selepas menerima berita pemergian beliau,” katanya. – BERNAMA

Kategori