Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Pengerusikan Mesyuarat MB...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan Mesyuarat...

Pakar Nafi Ribuan Kerang...

KUANTAN - Fenomena ribuan kerang terdampar di Pantai Mempisang, Tanjung Gemuk, Rompin dan...

MATTA Fair 2016 Kembali...

KUALA LUMPUR - Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), mengumumkan penganjuran pameran...

Taman Tema 3D Kematian...

NASHVILLE – Sebuah taman tema dilancarkan di Amerika Syarikat mengimbau kembali tragis kematian...

Muhyiddin Janji Tak Pulang Ke Pangkuan UMNO

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji kepada penyokong Pakatan Harapan beliau tidak akan sama sekali meninggalkan Pakatan Harapan.

“Walau apa sekali pun saya dan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak akan balik kepada UMNO,” dakwanya disambut riang penyokong Pakatan Harapan dalam satu ceramah di Puchong, Selangor baru-baru ini.

Ironinya, Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Presiden UMNO pernah membuat janji hampir serupa kepada penyokong UMNO sewaktu memegang jawatan itu kira-kira tiga tahun lalu iaitu pada 9 September 2015.

Muhyiddin waktu itu berjanji kepada penyokong UMNO akan tetap setia dengan UMNO dan tidak akan meninggalkan parti itu, malah mendakwa dirinya ahli UMNO totok sejati.

Dalam pada itu, Muhyiddin dalam ceramah di Puchong mengutuk UMNO yang menjadi platform politiknya sejak 50 tahun lalu sebuah kereta buruk yang hanya layak dijual di kedai besi buruk.

Beliau turut mendakwa sudah sampai masa untuk hayat UMNO dihapuskan kerana sudah sampai kepenghujungnya.

Muhyiddin pada 18 Januari lalu pernah menggesa seluruh ahli PPBM yang majoritinya Melayu supaya menyokong DAP dalam PRU14.

Untuk rekod, Muhyiddin sewaktu masih dalam UMNO antara paling lantang mengecam DAP yang pada beliau wajib dijauhi oleh segenap masyarakat Melayu.


Beliau pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 malah mengingatkan Melayu supaya tidak terpedaya dengan taktik DAP menarik orang Melayu dengan dijanjikan jawatan tertentu.

Muhyiddin turut mengingatkan DAP mahu orang Melayu yang malang menjadi pengkhianat bangsa sendiri dan kuda tunggangan mereka.

Beliau turut mendedahkan hasrat DAP menubuhkan negara republik untuk mengenepikan nilai sejarah dan jati diri Malaysia yang berpaksikan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Islam.

“Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan daripada kumpulan yang berniat jahat ini, DAP dan konco-konconya bertubi-tubi mempersendakan umat Islam.

“Semakin nyaring suara umat Islam membela kesucian agama, semakin ghairah mereka menyebarkan dakyah keatas umat Islam atas nama kebebasan beragama,” kata Muhyiddin. – MYNEWSHUB.CC

Kategori