Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Landasan LTSAH Ditutup Sementara...

ALOR SETAR - Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) ditutup sementara bermula...

5 NGO Lapor Polis,...

JOHOR BAHRU - Lima badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Mahathir Mohamad membuat permohonan...

Mahkamah Putuskan Esok Jika...

Esok, bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi akan mengetahui sama ada dia...

Penunjuk Perasaan AS Bantah...

WASHINGTON - Kumpulan penunjuk perasaan melaungkan slogan 'no war on Iran' berkumpul di...

Pelarian: Myanmar, Bangladesh Cari Penyelesaian

YANGON – Myanmar dan Bangladesh bekerjasama bagi menyelesaikan isu pelarian terkandas di ‘’garisan kosong’’ semasa penghantaran pulang dari Bangladesh, lapor agensi berita China Xinhua memetik Agensi Berita Myanmar pada Rabu.

Kedua-dua pihak berikrar pada mesyuarat pihak berkuasa sempadan di Taung Pyo Letwe, negeri Rakhine pada Selasa untuk menawarkan bantuan menghantar pelarian yang berkhemah di garisan kosong pulang ke tempat asal mereka.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah masuk ke kawasan garisan kosong atas usaha sendiri bagi menyalurkan bantuan kepada pelarian.

Dikenali sebagai tanah tak bertuan, “‘garisan kosong’’ merupakan kawasan yang belum dibangunkan antara Myanmar dan Bangladesh dan baru-baru ini menjadi rumah kepada pelarian yang menolak menyertai penghantaran pulang itu.

Pegawai negeri Rakhine mendakwa tindakan pelarian di garisan kosong itu bermotifkan politik untuk mewujudkan tekanan antarabangsa.

Myanmar dan Bangladesh telah memeterai satu perjanjian pada November tahun lepas berhubung penghantaran pulang orang tersingkir dari Bangladesh yang melarikan diri daripada konflik Rakhine

Kedua-dua negara juga bersetuju untuk mewujudkan pejabat pengantaraan di Maungtaw di utara Rakhine dan Tak Naf di Bangladesh.

Pada 23 Jan, Myanmar menyuarakan kesediaannya untuk menerima orang tersingkir yang dihantar pulang dari Bangladesh.


Mereka akan menerima pelarian yang dihantar pulang di pusat resepsi Taung Pyo Letwe dan Nga Khu Ya manakala Hla Pho Kaung akan menjadi kem transit untuk pelarian yang dihantar pulang itu.

Satu jawatankuasa telah ditubuhkan pada September tahun lepas untuk melaksana syor-syor laporan akhir suruhanjaya penasihat, yang diterajui bekas setiausaha agung PBB, Kofi Annan.

Kerajaan turut menjemput komuniti tempatan dan antarabangsa bagi membantu usaha pembinaan dan penempatan semula di Rakhine yang terjejas akibat dilanda konflik.

Tentera Penyelamat Rohingya Arakan telah melancarkan beberapa serangan ke atas balai polis di Rakhine pada 25 Ogos tahun lepas, yang menyebabkan penduduk tersingkir dari beberapa kawasan di wilayah Maungtaw. – BERNAMA

Kategori