Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Warga Emas Maut Kereta...

RAWANG – Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta yang dipandunya merempuh Plaza...

Menara Kediaman Tertinggi Di...

DUBAI - Salah satu menara kediaman tertinggi di dunia, Marina Torch terbakar di...

Tasik Dipenuhi Serpihan Ais...

SOUTH HAVEN - Ketibaan musim bunga telah menyebabkan lapisan ais di permukaan Tasik...

Pemandu Maut Bas Ekspres...

MELAKA - Seorang pemandu bas ekspres maut manakala lima penumpang cedera ringan apabila...

Myanmar, UK Bincang Krisis Rohingya

HANOI – Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson, telah menggesa Myanmar untuk menangani krisis Rohingya, yang berisiko untuk bertukar menjadi bencana kemanusiaan berikutan keadaan sanitasi yang teruk di kem-kem pelarian di Bangladesh, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Di Myanmar, Johnson bertemu pemimpin negara itu, Aung San Suu Kyi, di Nay pyi daw pada Ahad untuk membincangkan isu etnik minoriti Rohingya Islam dan penghantaran pulang kira-kira 700,000 daripada mereka yang lari ke Bangladesh untuk melepaskan diri daripada kekejaman.

Johnson tiba di Myanmar untuk lawatan empat hari dari Bangladesh, di mana beliau telah menziarahi pelarian Rohingya.

Keganasan tercetus di negeri Rakhine selepas sekumpulan penembak menyerang 24 balai polis dan memecah masuk ke sebuah pusat kawalan ketenteraan pada 25 Ogos 2017.

Tentera Myanmar melakukan tindakan balas dengan satu operasi kejam yang membawa kepada pertuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.


Pada 23 Nov 2017, kerajaan Bangladesh mengumumkan bahawa mereka dan negara jiran Myanmar telah bersetuju menghantar pulang pelarian Rohingya. – BERNAMA

Kategori