Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Imam Palestin Mati Ditembak...

KUALA LUMPUR - Seorang pensyarah warga Palestin maut selepas ditembak ketika dalam perjalanan...

Polis Sita Aset UMNO...

KUALA LUMPUR - Polis mempunyai masa sehingga Mei tahun depan untuk menyimpan semua...

Dua Pelajar Tahfiz Yang...

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang kritikal menerima...

6 Bekas Ahli Parlimen...

PUTRAJAYA - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad hari...

Nabila ‘Diugut’ Gara-Gara Dituduh Bising Dalam MRT

PENYANYI, Nabila Razali terkejut apabila mengetahui terdapat seorang individu memuat naik status berbentuk ugutan terhadap dirinya menerusi akaun sosial Twitter, baru-baru ini.

Meskipun sudah lali dengan kecaman netizen dan tidak mahu terlalu ambil pusing dengan segala komen negatif yang dilemparkan kepada dirinya namun status sebegitu dianggap sebagai keterlaluan.

“Saya nyanyi di dalam MRT tempoh hari atas undangan pihak TV3 bagi mempromosikan Anugerah Juara Lagu. Tapi perkara itu disalahertikan segelintir netizen yang anggap saya sengaja buat bising.

“Ada salah satu tweet tu ditulis nak tumbuk saya kalau jumpa saya di sana. Kenapalah sampai nak tumbuk, bukan saya buat salah pun.

“Tren yang​ kami naik itu juga merupakan tren khas untuk kempen pertandingan AJL dan tidak pun mengganggu pengguna MRT lain,” katanya seperti dipetik Mstar Online, hari ini.

Pun begitu, pelantun lagu Pematah Hati itu namun tidak mahu mengambil sebarang tindakan undang-undang berhubung ‘ugutan’ tersebut.

“Setelah perbincangan dengan pengurusan rasanya tak perlu sampai nak buat laporan polis dan anggap itu mungkin hanya usikan nakal netizen.


“Namun, saya harap tidak jadi perkara macam ni kerana kita hidup dalam negara yang aman kenapa perlu ada sikap negatif sebegitu,” ujarnya.

Terdahulu, penyanyi kelahiran ibu kota itu memuat naik satu entri memaparkan seorang pemilik akaun Twitter @pikajue menulis satu kenyataan yang berbaur ugutan.

“Kalau aku dalam MRT ni, mau aku tumbuk perempuan ni,” tulis netizen berkenaan.

Gusar dengan keadaan itu, Nabila kemudiannya bertanyakan pendapat netizen adakah perlu dia membuat laporan polis berhubung ugutan sebegitu yang disifatkan seperti mengancam keselamatannya. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori