Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

UMNO Terengganu Gerak Sukarelawan...

SETIU - Kerja pembersihan serta membaik pulih rumah yang rosak kini giat dilakukan...

Prasarana Menang Kontrak RM9...

KUALA LUMPUR - Syarikat pemilik dan pengendali sistem dan perkhidmatan pengangkutan awam tempatan,...

Jerebu: 8 Kawasan Catat...

KUALA LUMPUR - Lapan kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat...

Padah Belasah Orang Tanpa...

PAPAR - Dua lelaki ditahan susulan rakaman video memaparkan tindakan mereka membelasah seorang...

Najib Ziarah Keluarga Mendiang Chow Chee Keong

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi keluarga bekas penjaga gol kebangsaan, mendiang Chow Chee Keong di Nirvana Memorial Centre, di Jalan Sungai Besi, di sini.

“Ziarah keluarga mendiang Chow Chee Keong pagi tadi, sampaikan takziah kepada mereka. He was the greatest goalkeeper Malaysia ever had (Beliau penjaga gol paling hebat yang pernah dihasilkan Malaysia),” katanya menerusi laman Twitternya hari ini.

Menerusi laman Twitter itu juga, Najib turut memuat naik catatan beliau di buku ziarah: “We (Malaysia) will miss him greatest goalkeeper we ever had. (Kami (Malaysia) akan merasai kehilangan penjaga gol paling hebat yang kami ada).

Chee Keong, 69, penjaga gol terbaik negara, meninggal dunia pada Rabu lepas akibat kanser pundi kencing di Pusat Perubatan Universiti Malaya selepas melalui pembedahan pintasan jantung pada 17 Jan.

Beliau pernah dipilih sebagai pemain terbaik oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) lima kali berturut-turut antara tahun 1966 dan 1970, dan kemudiannya menempa nama sebagai pemain profesional di Hong Kong.


Jenazah Chee Keong akan disemadikan di Nirvana Crematorium Shah Alam pada Ahad ini. – BERNAMA

Kategori