Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kedudukan Cheng Hoe Tak...

ALOR SETAR - Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Badrul Hisham...

Heret Tommy: Peguam Bapa...

SHAH ALAM - Peguam yang mewakili bapa Muhammad Adib untuk mendakwa Peguam Negara,...

Resepi Cekodok Pisang Yang...

Apabila cuaca mendung begini, ingatan penulis merewang ke zaman kanak-kanak ketika ibu rajin...

Bapa Dikecam Heret Anak...

BEIJING - Seorang bapa dikecam selepas dia dirakam mengheret anaknya dengan tali yang...

Namewee Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

KUALA LUMPUR – Setelah empat hari berada dalam tahanan polis bagi membantu siasatan berhubung klip video kontroversi yang dihasilkannya, pemuzik yang juga penyanyi rap Namewee dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharudin Abdullah mengesahkan Namewee, 34, atau nama sebenarnya Wee Meng Chee dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, kira-kira 1.45 tengah hari tadi.

“Ya. Namewee telah dibebaskan hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pada satu sidang media berkata kertas siasatan terhadap Namewee berhubung klip video berunsur hinaan itu, yang dimuat naik menerusi media sosial, telah itu diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.


Namewee direman sejak Jumaat lepas setelah ditahan polis pada Khamis bagi lalu membantu siasatan berhubung satu klip video berunsur hinaan terhadap agama yang boleh membawa implikasi negatif kepada perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.

Klip video yang dimuat naik sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu antara lain memaparkan sekumpulan individu memakai topeng anjing melakukan aksi tarian lucah berdekatan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. – BERNAMA

Kategori