Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Cuaca Panas Dijangka Berterusan...

KUALA LUMPUR - Fenomena cuaca panas yang melanda bahagian barat negara dan negeri...

Pilihan Raya Presiden: Hillary...

WASHINGTON - Calon Demokrat, Hillary Clinton, menyalahkan Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James...

13 Kontena Terbakar Di...

Shah Alam : Sebanyak 13 kontena yang mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol...

Siasat Menyeluruh, Haramkan Aktiviti...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) wajar menjalankan siasatan menyeluruh ke atas...

Nazri Takkan Mohon Maaf Pada Robert Kuok

KUALA LUMPUR – Berpegang teguh pada kenyataannya sebelum ini, Datuk Seri Nazri Aziz mengatakan beliau tidak akan mohon maaf pada bilionair Tan Sri Robert Kuok yang menafikan beliau terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan agar orang Cina boleh berkuasa.

Baca: “Jutawan Kuok Mahu Cina Perintah Malaysia” – RPK

Sebelum ini, ahli Parlimen Padang Rengas mencabar ‘Raja Gula Malaysia’ itu untuk menyerahkan semula kewarganegaraan Malaysia kerana ‘negara ini tidak memerlukan rakyat seperti beliau’.

Nazri, yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, berkata tindakan Kuok selama ini menunjukkan beliau seorang yang tidak mengenang jasa kerajaan yang menyokong serta membantu perkembangan perniagaannya selama ini.

Ahli majlis tertinggi UMNO itu turut berkata pendiriannya adalah berdasarkan dakwaan penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin.

“Saya tak akan. Saya punya kenyataan berdasarkan dakwaan tidak dinafikan, yang dibuat oleh Raja Petra,” katanya pada sidang media di satu majlis di Pusat Pelancongan Malaysia hari ini.

Nazri menambah Kuok sepatutnya segera menafikan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

Juga: Robert Kuok Mahu Ambil Tindakan Ke Atas Portal

“Jika dia nafikan pada awal lagi ia tidak akan jadi sehingga macam ini,” kata menteri pelancongan dan kebudayaan itu.

Sebelum ini, susulan daripada dakwaan Raja Petra itu, Nazri membidas Kuok dan mengggesa bilionair itu supaya jangan “bersembunyi” di Hong Kong dan untuk sertai pilihan raya umum akan datang.


“Jangan jadi pondan,” kata Nazri menurut laporan media.

Pejabat Kuok kemudian mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan “tidak berasas” itu, menafikan Kuok merupakan anti-kerajaaan dan bersifat perkauman.

“Robert Kuok mahu merakamkan penghargaan sedalam-dalamnya kepada peluang yang diberikan kepadanya dan mengakui sumbangan oleh rakyat semua kepercayaan, kaum dan agama kepada pembangunan Malaysia sehingga hari ini, dan komitmen berterusan yang dikongsi semua rakyat dalam memastikan masa depan negara yang cerah,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Nazri turut mengalu-alukan penjelasan lanjut daripada pejabat Robert Kuok dan berharap beliau mengambil tindakan undang-undang terhadap pendakwanya.

“Kerana kita tidak tahu mungkin penulis blog mempunyai maklumat ‘tertentu’ yang tidak kita ketahui,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori