SIAPA yang tidak kenal dengan personaliti dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd. Noor ini kan?
Selain terkenal dengan dunia lakonan dan pengacaraan, Neelofa juga merupakan antara selebriti Malaysia yang mempunyai empayar perniagaan yang berjaya.
Siapa sangka di usia 26 tahun, anak jati kelahiran negeri kelahiran Che Siti Wan Kembang ini sudah bergelar jutawan muda apabila jenama tudungnya, Naelofar Hijab meraih jualan sehingga RM50 juta.
Haaa… Pasti ramai yang ingin mengetahui rahsia Neelofa bergelar jutawan di usia muda dan tersenarai dalam senarai Wanita Terkaya Asia Tenggara Bawah 30 Tahun majalah Forbes ini, kan!
Okay, tunggu apa lagi. Jom kita terjah! Memetik sebuah sumber, Neelofa menjelaskan bahawa berjaya bukanlah satu hal yang mudah sebaliknya banyak dugaan dan perkara yang perlu ditempuhi.
Pun begitu, Neelofa sentiasa mengamalkan 4 perkara ini untuk berjaya.
1. Cabar Diri
Kata Neelofa, rahsianya berjaya ialah beliau sentiasa cabar dan yakin dengan diri sendiri. Ramai antara kita tidak mempunyai keyakinan untuk melakukan sesuatu yang baru untuk kali pertama kan?
Sehubungan itu untuk berjaya, sikap negatif itu mesti dibuang jauh-jauh dan gantikan dengan vibe positif dengan yakin dengan diri sendiri. Percayalah, tiada apa yang mustahil dalam dunia ini!
2. Sentiasa Positif
Seterusnya, sentiasa positif. Bersikap positif dalam apa jua keadaan. Memang benar, ada masanya kita berada di atas dan ada masanya kita berada di bawah.
Namun, jangan biarkan perkara negatif itu belenggu hidup sebaliknya belajar terima sesuatu perkara dengan positif dan tenang.
3. Self Realisation
Selain itu, self realisation. Sentiasa memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri. Bercakap dengan diri dengan memberi kata positif. Ingat ya… Hanya diri sahaja yang tahu di mana tahap kemampuan sendiri.
4. Self-talk
Last but not least ialah self-talk di mana jangan sesekali berhenti berdoa memohon rezeki daripada Allah. Pada masa sama, sentiasalah bersyukur dan motivasi diri sendiri. Pesan Neelofa, jika anda berjaya laksanakan dengan baik, Insha-Allah, kejayaan itu milik kita.
Okay, itulah rahsianya! Anda tak nak mencuba ke? Siapa tahu anda juga mampu berjaya persis wanita ini?
Apapun, kami di Mynewshub mendoakan agar Neelofa terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Insha-Allah! – MYNEWSHUB.CC/AM