Saturday, November 16, 2024

Creating liberating content

1,830 Pelarian Hanyut Diselamatkan...

ROM - Lebih 1,830 pelarian diselamatkan daripada enam bot yang dijumpai hanyut di...

Bicara Kes Saman Anwar-Khairy...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan dua hari bermula 7 Mei...

Gadis Mati Ketika Selfie...

BUCHAREST - Seorang gadis belasan tahun mati melecur selepas tersentuh kabel elektrik berkuasa...

Himpunan Daulat 405: Pemuda...

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO akan menggerakkan sekurang-kurangnya 2,000 ahlinya bagi menyertai...

Niaga Tanpa Lesen Sah, DBKL ‘Serang’ Tasik Titiwangsa

AKIBAT niaga tanpa lesen dan ganggu pengunjung beriadah, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyita basikal sewaan dijalankan peniaga di Taman Tasik Titiwangsa.

Insiden tersebut telah berlaku pada sekitar pukul 9.50 malam tadi dekat tapak bekas roda ferris Eye On Malaysia di taman rekreasi awam popular warga kota tersebut.

Video pergelutan antara anggota penguat kuasa DBKL dan peniaga tersebut telah tular di media sosial sehingga menyebabkan pihak DBKL dituduh sebagai tidak berhati perut.

Menurut jurucakap DBKL, tindakan mereka dilakukan atas aduan yang telah dilaporkan oleh orang awam kerana aktiviti berbasikal tersebut telah mengganggu laluan trek jogging di taman berkenaan.

“Di samping aktiviti penyewaan basikal dijalankan tanpa lesen DBKL. Pekerja penyewaan basikal juga didapati tidur di kawasan taman sehingga mengganggu pengunjung beriadah.

“Ketika tindakan sitaan basikal dibuat, terjadi pergelutan di antara penguat kuasa DBKL dan beberapa individu bersenjatakan objek seperti playar muncung tirus, spanar, dan pemutar skru.


“Ini menyebabkan beberapa anggota penguatkuasaan DBKL mengalami kecederaan ringan,” katanya dipetik daripada kenyataan menerusi akaun Facebook milik DBKL sendiri.

Tambahnya lagi, tindakan sitaan berkenaan yang dijalankan oleh penguat kuasa DBKL telah dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Difahamkaan video berkenaan menjadi tular di media sosial apabila terdapat seorang individu telah memuat naik video pergaduhan tersebut dengan kapsyen ‘samseng berlesan’ sehingga menimbulkan kemarahan netizen lain.

Namun perkara tersebut sama sekali disifatkan sebagai tidak adil bagi netizen kerana ia bagaikan menghalang peniaga secara kecil-kecilan yang perlu menaggung kos sara hidup mereka di ibu kota.

Bagaimanapun, netizen mula berasa berang kerana dikatakan peniaga tersebut kebetulan merupakan pemegang sah kad Orang Kurang Upaya (OKU). – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori