Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Persidangan Bukan Untuk Sentuh...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan penganjuran Sidang Kemuncak...

Polis Melaka Rampas Dadah...

MELAKA : Polis Melaka berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah selepas merampas pelbagai...

Agong Rasmi Mahkamah Syariah...

JASIN - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat merasmikan Mahkamah Syariah...

Saya Akan Terus Istiqamah...

PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan terus...

Nora-Nedim Tak Mahu Lama-Lama ‘Sorok’ Wajah Ney Ney

SERING kali kita melihat kebanyakan selebriti tempatan tidak menayangkan wajah bayi mereka yang baru lahir kerana dikatakan sebagai satu pantang larang dan privasi mereka.

Baca: Bersalin Pun Cantik, Nora Selamat Lahir Bayi Lelaki

Jika itu yang menjadi pilihan kebanyakan selebriti, maka pelakon cantik manis Nora Danish telah membuat kelainan yang mana tanpa perlu menunggu tempoh yang lama selepas bersalin, dia terus berkongsikan wajah bayinya yang diberi nama Mohamed Neqayl atau ldigelar sebagai baby Ney Ney.

Baru sahaja beberapa jam dimuat naik, Nora dan suami, Nedim Nazri telah menerima banyak komen ucapan tahniah daripada peminat yang sentiasa mendoakan mereka.

Namun, ada satu persoalan yang berlegar-legar di minda sesetengah netizen tentang keputusan Nora dan suami untuk menayangkan wajah bayi mereka dalam masa yang terlampau cepat.

Malah, wajah baby Ney Ney masih lagi kemerah-merahan selepas dilahirkan tapi Nora langsung tidak kelihatan penat serta masih maintain cantik pula tu!

“Saya dan suami memang ‘sempoi’ sebab tidak mengambil masa lama hendak tayang wajah anak kami. Lagipun, saya sendiri, selepas dua tiga hari bersalin, pasti akan kongsi foto anak ini.

“Saya percaya setiap orang ada cara sendiri dalam hal ini,” kata Nora dipetik daripada portal BH Online.

Bagi Nora, kelahiran cahaya mata keduanya itu merupakan pengalaman yang baharu baginya walaupun sebelum ini dia pernah melalui proses yang sama ketika melahirkan anak pertamanya, Putra Rayqal.


“Saya tak lama pun dalam dewan pembedahan. Tak sampai sejam. Cuma sebelum ini, ketika melahirkan Putra Rayqal, prosesnya normal. Jadi, saya rasa dua pengalaman berbeza.

“Rayqal pun sudah lama mahukan adik, akhirnya saya dapat penuhi impiannya.

“Biarpun saya dan suami sudah ada anak lelaki dari perkahwinan terdahulu, keterujaan kali ini sangat berbeza,” tambah pelakon yang mula membina nama menerusi sitkom komedi Puteri itu.

Dalam masa yang sama, Nedim turut berasa teruja dan gembira atas kelahiran bayi sulung mereka yang dinanti-nantikan olehnya selama tempoh perkahwinannya bersama dengan Nora.

“Saya paling gembira… Sukar diluahkan dengan kata-kata. Ia nikmat yang sangat indah. Memang saya tak tidur semalam, tapi semua itu berbaloi apabila melihat anak dan isteri selamat,” kata Nedim.

Ney Ney telah selamat dilahirkan semalam pada pukul 9:02 pagi secara pembedahan dengan berat 3 kilogram.

Mereka telah dinikahkan pada Mac 2017 dan masing-masing turut telah mempunyai anak lelaki hasil perkahwinan yang terdahulu.

Semoga dengan kelahiran Ney Ney akan membuatkaan kelaurga Nedim dan Nora bertambah bahagia. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori