Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ahmed Dapat Jemputan Daripada...

SUSULAN insiden pelajar berusia 14 tahun, Ahmed Mohamed yang ditahan pihak polis kerana...

Anwar Tarik Balik Saman...

PUTRAJAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik...

Madonna Beri Layanan VIP...

Madonna telah memberikan layanan VIP kepada peminatnya, Josephine Georgiou dan ibunya dengan menyediakan...

Gandingan Mun Yee-Nur Dhabitah...

JAKARTA - Gandingan Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri menghadiahkan pingat gangsa...

Nota Dari Makkah: Kisah Pemuda Sibuk Dunia

SATU perkara yang klise mengenai mengerjakan umrah dan haji ialah: “Niat nak pergi. Tapi belum sampai seru!”

Itu jawapan klise bagi anak muda yang mampu, tetapi sengaja mencari helah apabila diajukan soalan: “Kau ni… duit ada. Tapi tak pernah nak ke Makkah!”

Aku pun mengalami masalah yang sama.

Pernah tercall kawan baik, niat nak bertanya khabar.

“Kau kata mana?”

“Aku di Makkah, hingga 15 Januari,” jawab kawan aku.

“Wah… Pergi tak ajak pun….” Aku bergurau.

Nah… setepek dia balas. Ini jawapannya. Perghhh! Terasa sangat seperti balik paku buah keras!

“Kau asyik kejar dunia saja. Dahlah cari jodoh takmau. Ajak ke Makkah pun kau akan jawab benda sama. Sibuk kerja… kerja… kerja. Semua dunia saja!”

Wow! Kata-kata teman ini, betul-betul buat aku tersentap.

Satu hari (ya… kedengaran macam drama la sangat. Atau macam kisah dongeng. Malah, macam mimpi pun ada juga). Tiba-tiba saja, kawan-kawan pejabat, secara bertubi-tubi menghantar mesej Whatsapp. Semua ucapkan tahniah.

“Tahniah untuk apa?” Aku hairan.

Allahuakbar! Rupanya bos aku, dah buat pengumuman. Aku terpilih ke rombongan umrah tajaan Rayhar Travel Group.

Dateline dua minggu. Kena sedia semua. Dokumen dan persediaan ilmunya. Ini bukan mimpi. Ini kes benar. Aku akan jadi duyufurrahman.

Tetapi, hanya ada masa dua minggu untuk bersiap. Terasa suntuk. Mungkin bagi yang sudah bersedia, tempoh itu lebih daripada cukup. Tetapi tidak untuk aku. Tambahan pula, aku didatangi banyak kerja saban hari.

Sampai ke saat aku disahkan akan me Makkah pun, aku masih berfikir soal kerja. Memang betullah. Aku kemaruk dan sibuk mengejar dunia.

“Kalau nak ikutkan sibuk, entah bila lapangnya. Kalau nak tengok masa, sampai bila pun kerja tak pernah habis!”

Macam bom. Ini suara hatiku sendiri.


Macam bom. Itulah juga teguran rakan sekerja apabila aku macam buat muka tak excited saja nak ke Tanah Suci.

Malam hari, selepas dah tau akan ke Makkah, datang lagi ujian. Kali ini, ujian hati. Macam-macam suara aku dengar berbisik dan cuba menakut-takutkan aku.

“Bersediakah kau? Cukupkah amalan kau? Nanti padan muka kau tak nampak Kaabah!”

Perghhh. Aku tiba-tiba teringat kisah-kisah pelik pengalaman orang yang menerima pembalasan Allah di Tanah Suci. Segera aku teringat: “Di sana nanti, apa-apa pun… Allah beri ‘cash’!”

Tetiba saja, aku lagi takut!

Namun aku fikir, mesti ada sebab Allah pilih aku. Rezeki tidak pernah salah alamat, bak kata bos aku. Bayangkan… antara berbilion manusia, aku antara yang dijemput menjadi tetamu Allah.

Mungkin bujukan hati ini kedengaran macam klise. Tetapi percayalah, apabila saat dijemput Allah telah tiba, tidak ada siapa pun yang dapat menghalangnya.

Sekarang sudah seminggu di Makkah. Aku sudah umrah dan ziarah. Kaabah sudah di depan mata. Malah, aku sudah mendengar begitu banyak bisikan hati. Namun, semuanya tentang kesombongan hati.

“Manusia hanya hamba. Janganlah berlagak dengan masa. Apa lagi, kalau masa itu sekadar untuk mengejar dunia!”

Sekarang, di depan Kaabah aku mulai faham. Antara masa dan pekerjaaan, serta pentingnya hati sentiasa mendahulukan Allah.

Terima kasih bos TV AlHijrah. Hantar saya ke Makkah.

Labaikallahu malabaik… – MYNEWSHUB.CC

Kategori