SEORANG kanak-kanak berusia lima tahun di China nyaris maut apabila tercucuk jarum mengait baju ke dalam mulutnya sendiri.
Kanak-kanak yang tidak didedahkan identitinya tersebut dikatakan sebelum itu sedang bermain dengan sebatang jarum mengait baju berukuran empat inci.
Namun dia terjatuh menyebabkan jarum itu tercucuk ke lidahnya sehingga menembusi tulang lehernya, lapor media tempatan.
Dia kemudian terpaksa dikejarkan ke Hospital Guizhou, Guiyang selepas sebuah hospital lain tidak dapat membantunya.
Menurut doktor, nyawa kanak-kanak itu berada dalam bahaya kerana jarum itu menembusi tulang yang menyambung ke tengkoraknya.
Selepas menjalani pembedahan empat jam, pihak hospital berjaya mengeluarkan jarum tersebut dan kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil. – mStar Online
*Video sekadar hiasan…