Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

4,000 Tetamu Meriahkan Majlis...

IPOH - Kira-kira 4,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Mesra Aidilfitri Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia...

KDN Larang Kempen “Lets...

KUALA LUMPUR - Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) Kementerian Dalam Negeri...

Lelaki Samun Hotel Bajet,...

BUTTERWORTH - Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan samun hotel bajet di...

Dua Perompak Kedai Emas...

PETALING JAYA - Polis menembak mati dua daripada enam lelaki tempatan yang menyamun...

Op Noda: 24 GRO Warga Asing Ditahan

IPOH – Polis menahan 24 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan Op Noda Khas di dua pusat karaoke di sekitar Ipoh awal pagi tadi.

Dalam operasi yang dijalankan secara serentak oleh sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada 1.30 pagi itu, lapan penjaga turut ditahan membabitkan tujuh lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Bangladesh.

Pegawai Turus D7 Perak DSP Sajidan Abd Sukor berkata kesemua GRO terbabit terdiri daripada warga Vietnam, Thailand dan Indonesia yang berumur antara 30 dan 40-an.

“Hasil risikan selama sebulan itu, kita berjaya menutup lorong rahsia mereka dan hasilnya kita dapat menangkap kesemua mereka yang berada dalam premis berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas selesai operasi tersebut di sini hari ini.

Polis turut menahan masing-masing sembilan lelaki dan wanita tempatan yang sedang leka bermain judi di dalam premis itu.


“Seorang lelaki berumur lingkungan 30-an ditahan kerana memiliki dadah jenis ketamin, ekstasi dan ganja,” katanya sambil menambah polis juga merampas wang tunai yang belum diketahui nilai.

Katanya kesemua 51 individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Akta Imgresen kerana menggaji pekerja asing dan bekerja tanpa permit. – BERNAMA

Kategori