KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan enam suspek dalam senarai dikehendaki daripada 90 individu yang diperiksa dalam Op Rentap Khas bagi jenayah samun dan ragut jalanan di ibu kota.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kesemua suspek ditahan pada 22 hingga 31 Jan lepas ketika operasi berkenaan berlangsung.
Beliau berkata dalam tempoh itu juga, pihaknya berjaya menyelesaikan sebanyak 18 kes ragut melibatkan individu pelancong asing di sekitar ibu kota.
“Polis menasihatkan orang ramai terutamanya wanita dan warga emas agar tidak memakai barang kemas serta berwaspada menggunakan telefon bimbit di tempat awam kerana ia terdedah kepada perlakuan jenayah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini. – BERNAMA