Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

“Isteri Saya Sediakan Kain...

PETALING JAYA - "Isteri saya sediakan kain kafan sendiri sebelum meninggal dunia," kata...

Antara Bahasa Melayu Dan...

Penulis sama sekali tidak mempertikai kemahiran menguasai lebih daripada satu bahasa sebagai suatu...

Bot Karam: Lima Lemas,...

SEMPORNA - Tiga kanak-kanak antara lima individu yang dilaporkan lemas dalam kejadian bot...

PRK Semenyih Perlu Ditangguhkan...

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Semenyih perlu ditangguhkan sementara menunggu prosiding mahkamah mengenai legitimasi...

Op Satria Selatan: 2 Bot Fiber Dirampas APMM

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Batu Pahat telah merampas dua bot fiber ketika Operasi Satria Selatan di sekitar kawasan perairan Rengit, dekat Batu Pahat, semalam.

Pengarah Maritim Pangkalan Batu Pahat ​​Leftenan Komander Maritim Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata, bagaimanapun tiada tangkapan dibuat kerana suspek sempat terjun dari bot itu.

Pada kejadian 12 tengah hari itu, anggotanya telah melihat dua bot fiber yang berada dalam keadaan mencurigakan dan cuba mendekatinya untuk menjalankan pemeriksaan.

“Dalam keadaan panik, kesemua suspek yang berada di atas bot itu kemudian bertindak melarikan diri dengan terjun ke laut di kawasan bakau dan meninggalkan bot tersebut.

“Anggota APMM kemudiannya menunda bot tersebut ke kawasan di mana bot tersebut dikesan dan berjaya menemukan peralatan modifikasi tunda yang telah dipotong,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Kedua-dua bot itu kemudiannya dibawa ke jeti Pangkalan Marin Batu Pahat dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya.


Beliau berkata pihaknya sering kali menerima laporan daripada nelayan tempatan mengenai pencerobohan bot fiber, yang melakukan kegiatan tunda secara haram di sekitar kawasan perairan itu. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori