Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mukhriz Berbohong Walaupun Semasa...

JIKA pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir boleh...

Bekas Pensyarah UTHM Wakaf...

BATU PAHAT - Sebanyak 707 buah buku bernilai RM42,000 diwakafkan oleh Felo Institut...

Gosip Digugurkan Dari Melodi...

Rasanya ramai sudah tahu Zulin Aziz dan Sherry Alhadad tidak lagi bergelar pengacara...

SPRM Tahan Warden Penjara...

KANGAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan seorang warden penjara Pusat...

OP TBC: 6 Pemandu Bas Ekspres Positif Dadah

SEREMBAN – Seramai enam pemandu bas ekspres dikesan positif dadah dalam operasi bersepadu sempena Tahun Baharu Cina (TBC) sejak 9 Feb hingga semalam.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Dr Abdul Halim Mohd Hussin berkata mereka merupakan antara 2,325 pemandu bas yang diperiksa di 25 terminal bas utama di seluruh negara.

“Setakat semalam hanya enam pemandu bas ekspres yang dikesan positif dadah dan operasi ini akan tamat Ahad ini. Enam pemandu bas ini berumur antara 25 dan 40 tahun serta didapati mengambil dadah sintetik.

“Ini menunjukkan masih terdapat lagi kalangan pemandu pengangkutan awam yang menyalahgunakan dadah, namun pelaksanaan operasi berterusan akan dapat mengawal ia daripada berleluasa yang seterusnya boleh membahayakan nyawa orang awam (penumpang),” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan program Perangi Dadah Habis-Habisan 3.0 anjuran AADK Negeri Sembilan di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah AADK negeri Nazira Sadiron.

Dalam masa sama, Abdul Halim berkata pada empat kali (14, 15, 18 dan 19 Feb) Op Khas Motosikal sempena TBC pula, seramai 431 daripada 2,281 penunggang motosikal yang diperiksa positif dadah.


Katanya operasi seperti ini sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan permasalahan penagihan di sesuatu kawasan terutamanya kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi.

Beliau turut menyarankan syarikat bas untuk sentiasa memastikan pemandu mereka bebas daripada dadah dengan melaksanakan ujian air kencing secara berkala.

Selain memberi kesedaran kepada pemandu bas berhubung bahaya penyalahgunaan dadah, beliau berkata program hari ini juga bertujuan menggerakkan usaha kerjasama pengusaha bas dalam mengenal pasti permasalahan dadah melibatkan pemandu bas.

“Intervensi awal ini adalah bagi mengelak berlakunya kemalangan jalan raya yang boleh membahayakan nyawa orang ramai,” katanya. – BERNAMA

Kategori