Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Stesen Minyak Wajib Sedia...

KUALA LUMPUR - Pengusaha stesen minyak wajib menyediakan cecair pembasmi kuman atau pembersih...

Selamatkah Makanan Anda? Pastikan...

SECARA tiba-tiba Alisa terdiam. Ah sudah.. getus hatinya.Tangannya segera menekan perut yang terasa...

Persidangan Kembali Di Bangunan...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-13 yang bermula Isnin ini...

7 Pelajar Hamil Selepas...

Bosnia – Penduduk Bosnia dikejutkan dengan kejadian tujuh pelajar perempuan berusia 13 dan...

Operasi Cari 4 Lagi Mangsa Dikhuatiri Lemas Diteruskan

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat lagi mangsa yang dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Gasi berhampiran Kem Sungai Buloh, petang semalam, diteruskan sehingga ke pagi ini.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Hassan ‘As’ari Omar berkata ketika ini operasi SAR tertumpu di Kampung Paya Jaras Hulu dan Kuala Selangor melibatkan 70 anggota daripada pelbagai agensi.

Bomba juga meminta orang awam membantu dengan memaklumkan sebarang penemuan mangsa kejadian.

Maklumat mutakhir menyatakan mayat seorang lelaki dijumpai kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian pada 8 malam tadi di sungai tersebut walaupun laporan awal menyatakan mayat berkenaan ditemui pada 9.49 malam tadi.

Hassan ‘As’ari berkata dua bot penyelamat tiba di lokasi pencarian kira-kira 10 malam tadi untuk operasi SAR.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt S Somu berkata keluarga mangsa sudah dipanggil bagi membuat pengecaman mayat dan misi mencari empat lagi yang masih hilang masih diteruskan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

Kategori