Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Perkhidmatan MRO: Destini &...

KUALA LUMPUR - Destini Bhd dan Felcra Bhd hari ini menandatangani memorandum persefahaman...

Nasib Pekerja Industri Minyak,...

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi membela nasib pekerja industri...

Kerajaan Tak Akan Selamatkan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan menyelamatkan pemaju hartanah, terutama mereka yang membina...

Penduduk Venezuela Makan Anjing...

KRISIS makanan di Venezuela telah memaksa penduduknya menyembelih binatang peliharaan mereka untuk dijadikan...

Operasi SAR Di Batu 6, Port Dickson Ditamatkan – Bomba

SEREMBAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang lelaki yang dipercayai telah berenang menuju ke tengah laut dari pantai Teluk Kemang, Port Dickson menggunakan pelampung ditamatkan petang, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang Mohd Kamal Mohd Timar berkata operasi tersebut yang dijalankan di sekitar perairan Batu 6, telah ditamatkan kira-kira 5.50 petang berikutan tiada laporan polis yang dibuat mengenai orang hilang.

“Kami telah menerima laporan mengenai seorang individu lelaki dalam lingkungan umur 30-an yang menuju ke tengah laut menggunakan pelampung kecil berhampiran sebuah pusat peranginan dua hari lepas.

Operasi mencari yang bermula kira-kira 10.16 malam hari itu (masa kejadian) telah ditamatkan semalam berikutan tiada laporan polis dibuat dan dipercayai mangsa telah naik ke darat,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Operasi SAR berkenaan juga turut mendapat bantuan anggota dan aset seperti bot daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Majlis Perbandaran Port Dickson seramai 53 anggota serta pegawai. – BERNAMA

Kategori