Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lagi Serangan Roket Di...

BAGHDAD - Zon Hijau di ibu negara Iraq yang menempatkan Kedutaan Amerika Syarikat...

Gambar Lelaki Basah Kuyup...

GAMBAR seorang lelaki yang juga bapa yang sanggup basah kuyup demi anak lelakinya...

KSN Rasmi Larian Hari...

PUTRAJAYA -  Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali  Hamsa pagi ini melepaskan...

Jangan Buat Spekulasi Siasatan...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman meminta semua pihak...

Operasi SAR Di Sungai Gasi Diteruskan Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa hilang dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Gasi berhampiran Kem Sungai Buloh semalam masih diteruskan setakat 8.30 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata pencarian hari ini tertumpu di kawasan Sungai Saujana Utama, Sungai Buloh, di sini.

“Usaha mencari kesemua mangsa sejak petang semalam masih diteruskan pagi ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Semalam, mayat pertama ditemukan kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian pada 9.49 malam, manakala mayat seorang lagi mangsa yang lengkap berpakaian ditemukan tersangkut pada pokok pada 1.26 pagi tadi, kira-kira sembilan kilometer dari lokasi kejadian.

Dalam kejadian petang semalam, lima mangsa hilang dibawa arus deras manakala tiga lagi terselamat.


Polis sebelum ini tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai mangsa berdasarkan maklumat daripada siasatan awal kejadian mengenai kewujudan beberapa pemancing lain di kawasan itu ketika kejadian.

Difahamkan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman akan mengadakan sidang media pada 9.30 pagi ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

Kategori