Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Fitnah & Hasutan: Polis...

GEORGETOWN - Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang wartawan sebuah portal berita berikutan...

Wow! Nenek 94 Tahun...

SEORANG warga emas berusia 94 tahun berasal dari Ninghai, wilayah Zhejiang, China sensasi...

Kerajaan Boleh Beri Bantuan...

PONTIAN - Kerajaan berhak untuk memberi bantuan kepada rakyat pada bila-bila masa, termasuk...

Guru Langgar Disiplin Harus...

BANGI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, guru yang cuai, langgar...

Pakatan Harapan Mahu Halalkan LGBT?

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) digesa menyatakan pendirian mereka berhubung Lesbian, Gay, Biseksual & Transeksual (LGBT).

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia ( UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, DAP secara terbuka telah pun menyatakan pendirian mahu menghapuskan semua peraturan dan undang-undang yang menyekat LGBT di negara ini.

“Sangat menarik untuk melihat pendirian rakan kongsi DAP dalam Pakatan Harapan khususnya PAN yang mahu memartabat dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan dan mendirikan sebuah negara dan masyarakat madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan parti pembangkang yang dianggotai DAP, PPBM, PKR dan PAN.

Semalam pemimpin DAP, Charles Santiago mendesak Malaysia menghapuskan semua peraturan dan undang-undang yang mendiskriminasi LBGT dengan segera.

Kamarul berkata, kenyataan Charles itu kemudian dimuatnaik dalam laman web rasmi DAP sekali gus memberi gambaran kenyataan Ahli Parlimen DAP Klang itu turut mencerminkan pendirian rasmi DAP.


Justeru, beliau meminta Charles dan DAP mendesak Kerajaan Pulau Pinang menghapuskan Seksyen 25, Seksyen 26 dan Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pulau Pinang) 1996 terlebih dahulu.

Menurut beliau, selain peruntukan di peringkat pusat, enakmen kesalahan jenayah syariah di Pulau Pinang yang telah wujud sejak sekian lama turut tidak membenarkan LGBT.

“Kerajaan Pulau Pinang diketuai DAP. Bukan (hanya) mendesak Kerajaan Malaysia yang tidak diketuai oleh DAP,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori