Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Wanita Nekad Kejar Peragut...

BACHOK - Tindakan nekad seorang wanita mengejar penjenayah yang meragut begnya berakhir dengan...

Ringgit Tinggi Berbanding Dolar...

KUALA LUMPUR Ringg-it dibuka tinggi sedikit berbanding dolar US pagi ini selepas penyusutan...

Barbie Punya Pasal, Sanggup...

SEORANG wanita yang mengaku dirinya adalah `patung manusia’ sanggup belanja RM15,600 semata-mata untuk...

Kes Lahad Datu: Keputusan...

PUTRAJAYA — Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusannya bagi rayuan akhir oleh sembilan rakyat...

Pakistan Larang Rakyat Sambut Hari Valentine

ISLAMABAD – Pakistan larang acara Hari Valentine dan liputan media mengenainya masuk tahun kedua berturut-turut selepas sebuah mahkamah memutuskan sambutan itu tidak ikut syariat Islam.

Pihak Berkuasa Pengawal Selia Media Elektronik Pakistan (Pemra) mengeluarkan nasihat memberi amaran kepada stesen televisyen dan radio supaya tidak menyokong mana-mana acara sambutan hari memperingati kekasih itu.

“Tiada acara sambutan berkaitan diadakan sama ada di peringkat rasmi atau terbuka di tempat awam,” kata Pemra. Larangan itu diperkenalkan Mahkamah Tinggi Islamabad tahun lalu selepas petisyen difailkan ramai orang awam.

Mereka mengatakan sambutan itu adalah budaya import dari Barat dan ‘bertentangan dengan ajaran Islam’. Namun ramai golongan muda di negara majoriti Islam itu sejak beberapa tahun lalu mengamalkan tradisi Hari Valentine.

Lebih 60 peratus penduduk Paksitan berusia bawah 30-an dan syarikat pengiklanan tempatan sering promosi acara hari kekasih berkenaan dengan mereka memberi hadiah jambangan bunga mawar dan coklat setiap 14 Februari.


Namun negara dengan lebih 208 juta penduduk itu turut menyaksikan gelombang baharu politik ultra-agama yang membantah keras sambutan kerana dianggap sebagai tidak bermoral dan menggalakkan hubungan perzinaan.

Pelbagai parti politik tegar tempatan termasuk Jamiat Ulema-e-Islam yang pernah dikaitkan dengan Taliban sejak beberapa tahun lalu mengadakan bantahan mengecam sambutan terbabit. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori