Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

JPM Nafi Gambar Tular...

PETALING JAYA - Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan sekeras-kerasnya penularan...

Kilang Tutup Ekoran Covid...

SEREMBAN : Gangguan di peringkat pengoperasian termasuk penutupan sementara kilang ekoran terdapat kes...

Kedai Mamak 24 Jam...

KUALA LUMPUR - Restoran mamak sememangnya begitu dekat di hati majoriti rakyat Malaysia...

LHDN Bantu Rakyat Semasa...

LHDN Bantu Rakyat Semasa Pandemik

Panas! Izzue Islam Suka ‘Menunjuk’ Bahagia?

TAK tahulah mana pula salahnya, suami isteri yang sah pamerkan kebahagiaan di ruang awam seperti media sosial rasanya bukanlah satu isu besar pun.

Namun, apabila pelakon dan penyanyi Izzue Islam memuat naik gambar mesra bersama-sama isterinya di Instagram, ramai pula yang mengecam!

Malah, netizen juga bertindak ;ebih jauh lagi dengan menuduh Izzue, 27, sengaja menunjuk-nunjuk kebahagiaannya dengan isteri Nurinafilah Waharudin atau lebih dikenali sebagai Awin.


“Foto yang kami kongsi di Instagram hanyalah gambar biasa bersama isteri, tak bermaksud nak menunjuk-nunjuk kebahagiaan atau nak tarik perhatian orang.

“Awin sebahagian hidup saya dan kami melalui detik bahagia. Lagi pula, foto yang kami kongsi tak keterlaluan dan hanya momen sebagai suami dan isteri.

Tunggulah… nanti kami dah anak, rasanya gambar anak pula yang banyak. Sekarang ini biarlah masa saya dengan isteri dahulu,” katanya kepada mStar Online.

Baru-baru ini, gambar dan video mesra bersama-sama Awin mengundang kecaman hebat daripada warga net yang kurang senang keintiman suami-isteri dipamerkan sebegitu di laman sosial.


Bagaimanapun, Izzue menerima kritikan itu dan memohon maaf jika foto itu mengundang ketidasenangan di hati  mana-mana pihak.

Kata Izzue lagi, dia tidak mampu untuk puaskan hati semua oranga tas segala tindakan yang dilakukan olehnya.

“Kalau kongsi gambar biasa-biasa kena kecam, gambar mesra sikit pun kena juga. Mujurlah isteri sudah biasa dengan situasi begini dan dia okay sahaja.

“Apa-apa pun, saya minta maaf pada mereka yang tersinggung dengan posting begitu kerana saya faham tak semua orang suka kita. Bagaimanapun, saya nak ucapkan terima kasih kepada yang terus menyokong,” katanya lagi.

Izzue atau Muhammadd Izzul Islam Mazlan dan Awin berkahwin pada 2 Jun 2013. – MYNEWSHUB.CC

Kategori