Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Perlu Ada ‘Political Will’,...

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar...

Tanah Runtuh Bukan Bermula...

PETALING JAYA : Pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm (FoF) menjelaskan kejadian tanah...

Rosmah Lawat Mangsa Banjir...

PARIT - Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melawat mangsa...

Cubaan Culik PM –...

KUALA LUMPUR-- Polis mengesahkan ada cubaan menculik beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri oleh...

Pasangan Suami Isteri Saman Jurugambar Perkahwinan

PERKAHWINAN merupakan satu detik indah yang mahu dikenang seumur hidup, justeru sudah pasti saat bahagia itu mahu diabadikan dalam bentuk gambar.

Namun berbeza dengan pasangan Steph dan Paul Uwin dari Bollington, Cheshire di Britain baru-baru ini.

Ini kerana jurugambar yang mereka upah, David Kilcourse hanya memfokus kepada orang lain, bukannya pasangan berkenaan.

David merakamkan gambar pengapit pengantin perempuan dengan fokus utama adalah di bahagian dada dan punggung.

Malah daripada daripada 70 gambar yang dirakamkan, hanya 11 gambar merupakan gambar Steph dan Paul. Itu pun tanpa ibu bapa mereka.

Susulan itu mereka mahu menyaman David meskipun kes itu berlaku pada 2015 lalu.

Jurugambar Perkahwinan

Steph yang merupakan seorang jururawat dari Cheshire berkata, dia membayar sebanyak RM3,000 kepada David tetapi gambar yang dirakamkan sangat mengecewakan.


“Bila kami dapat gambar-gambar itu, ia sangat mengecewakan. Tiada langsung gambar ibu bapa kami. Dia merakamkan gambar payu dara dan punggung pengapit saya.

“Lebih banyak gambar pengapit daripada gambar kami. Saya tahu setiap orang melihat gambar berbeza tetapi apabila dia merakamkan tiga keping gambar punggung orang yang sama, maka ia bukannya kebetulan.

“Banyak detik-detik menarik telah hilang dan saya akan lakukan apa sahaja bagi mengelakkan ia berlaku kepada orang lain,” kata Steph.

Dalam pada itu, David pula menyalahkan cuaca dan mendakwa pasangan itu sengaja menuduhnya memfokus kepada badan pengapit pengantin perempuan.

David juga memberitahu dia telah menutup perniagaan perkhidmatan mengambil gambar dan memulangkan semua wang kepada pasangan berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori