Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

PKR Dakwa Daim Yang...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa bekas...

Junkware Removal – Hapuskan...

TAHAP sekuriti kebanyakkan komputer kini merupakan salah satu fokus utama pengeluar barangan teknologi,...

Lana Nodin Pilih Atlet...

PELAKON yang mendapat jolokan 'Pamela Anderson Malaysia' Lana Nodin akhirnya mengesahkan bakal mendirikan rumah...

Hanez Suraya Tertekan Berat...

SIAPA yang tak kenal dengan pelakon cantik Hanez Suraya yang dulunya pernah terpalit...

PBT Sabah Digesa Tingkat Kutipan Hasil Tertunggak

KOTA KINABALU – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sabah digesa meningkatkan kutipan hasil tertunggak sekurang-kurangnya 60 peratus dan pada masa sama memastikan kutipan hasil adalah pada tahap 100 peratus.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Hajiji Noor semasa membuat gesaan itu berkata kementeriannya masih belum berpuas hati dengan kutipan hasil secara keseluruhan kerana masih ada PBT tidak mencapai sasaran ditetapkan.

Katanya hanya terdapat tiga PBT mencapai peratusan kutipan hasil sehingga 90 peratus iaitu Majlis Perbandaran Sandakan, Tawau dan Penampang; manakala PBT lain mencapai antara 60 dan 80 peratus.

“Kutipan hasil ini amat penting bagi perbelanjaan operasi PBT selain memberi kebaikan kepada PBT kerana kutipan hasil yang banyak dapat mempertingkatkan lagi perkhidmatan mereka.

“Bagaimanapun, PBT turut menghadapi masalah termasuk pembayar cukai lambat membuat pembayaran meskipun terdapat banyak kaedah dan insentif diberikan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada pegawai kanan dan agensi kementerian di sini, hari ini.

Terdahulu, Hajiji dalam ucapnnya berkata setiap PBT juga perlu mencari inisiatif lain iaitu sumber baharu bagi meningkatkan hasil mereka selain peka terhadap kebersihan di kawasan masing-masing bagi memastikan tiada kawasan menjadi pembawa wabak penyakit.

“PBT juga diingatkan supaya mempermudahkan urusan berkaitan pelesenan, pengeluaran sijil kelayakan menduduki bangunan dan sebagainya,” katanya.


Dalam pada itu, Hajiji berkata semua ketua jabatan dan agensi di bawah kementeriannya perlu memberi perhatian aspek perancangan program pembangunan berimpak tinggi, pelaksanaan yang pantas dan mempunyai nilai untuk wang dalam melaksanakan apa juga projek atau inisiatif pembangunan negeri.

“Ini bagi memastikan golongan sasar menerima impak optimum daripada setiap projek dilaksanakan,” katanya, dan menambah kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM84.15 juta di bawah peruntukan perbekalan manakala RM25.5 juta di bawah peruntukan pembangunan dalam Bajet negeri 2018.

Setiap warga kementerian juga perlu lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tanggungjawab diamanahkan supaya setiap tugasan dapat disiapkan dengan cepat, tepat dan berkesan selain memberi idea-idea baharu bagi memantapkan lagi operasi, katanya. – BERNAMA

Kategori