Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Perintah Berkurung ESSZone Dilanjut...

KOTA KINABALU – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

Berita Palsu Ancam Negara,...

BUKIT GANTANG - Berita palsu yang disebarkan menerusi Internet boleh meruntuhkan kehidupan individu...

Jangan Terpedaya Istilah Mati...

KOTA BHARU - Umat Islam di negara ini dinasihat jangan terpedaya dengan istilah...

Polis Tahan 2 Lelaki...

KUANTAN - Polis menahan dua orang buruh, masing-masing mempunyai lapan rekod jenayah lampau...

PDRM Beku Cuti Untuk Latihan Hadapi PRU14

KUALA LUMPUR – Cuti pegawai dan anggota polis akan dibekukan untuk tempoh waktu tertentu bagi membolehkan mereka mengikuti pelbagai kursus dan latihan untuk berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab berkata, latihan itu bagi memastikan anggota polis berada dalam keadaan bersedia apabila tarikh PRU14 diumumkan.

“PDRM turut menasihati masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan video latihan yang ditularkan dengan berita palsu kononnya berlaku situasi gempar dan ketidaktenteraman awam.

“Tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan berita palsu itu mampu menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu Abdul Ghafar berkata, PDRM sedang melakukan pelbagai bentuk persiapan untuk memastikan PRU14 berlangsung dengan lancar dan aman serta tenteram.


Menurut beliau, ia termasuk mengadakan kursus dan latih amal yang bertujuan memastikan setiap pegawai dan anggota polis yang ditugaskan nanti mampu menjalankan tugas dengan efsien dan profesional.

“Selain itu, PDRM turut memastikan keperluan logistik dan keanggotaan adalah mencukupi,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori