Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Umum Harga Maksimum...

PORT DICKSON - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini...

Kementerian Nafi Henti Pinjaman...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan menafikan laporan Astro Awani kononnya kerajaan akan memberhentikan...

Hutang M’sia Tidak Mengancam...

KUALA LUMPUR - Hutang kerajaan Malaysia tidak mengancam kedudukan ekonomi negara, malah pencapaian...

Isma: Evangelist Di Belakang...

BONGKAR... Sikap agresif bukan Islam yang secara terbuka semakin berani cabar Islam bukan...

PDRM Lancar Op Selamat Sempena Tahun Baharu Cina

HULU SELANGOR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan Op Selamat Ke-12 bermula pada 9 hingga 23 Feb sempena Tahun Baharu Cina.

Dengan mengekalkan tema, ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’, operasi berkenaan bermatlamat bagi mencegah jenayah pecah rumah dan meminimumkan kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pelaksanaan Op Selamat pada tahun lepas memberikan impakberkesan dalam menurunkan kadar kes kemalangan maut dan kematian.

Menurutnya, sebanyak 235 kes kemalangan maut direkodkan tahun lepas berbanding 261 pada tahun 2016, manakala kes kematian pula merekodkan penurunan sebanyak 22 kes iaitu 257 kes pada tahun lepas berbanding 279 kes pada 2016.

“Beberapa punca kemalangan maut dikenal pasti antaranya kecuaian, masuk ke laluan bertentangan, memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba dan faktor fizikal seperti mengantuk,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Op Selamat Ke-12 sempena Tahun Baharu Cina 2018 dan Unit Siasatan Lebuh raya (USLR) Zon Tengah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ulu Bernam, di sinihari ini.

Turut hadir, Pengerusi PLUS Malaysia Berhad Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia Datuk Ismail Md Salleh dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik SAC Sharul Othman Mansor.

Mohamad Fuzi berharap mendapat kerjasama daripada orang ramai untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan jenayah pecah rumah.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi berkata USLR yang ditubuhkan bagi menyiasat kes kemalangan ringan diwujudkan di tiga zon sepanjang Lebuhraya Utara- Selatan.

Beliau berkata USLR mendapat respons positif melalui projek perintisnya yang beroperasi pada 7 Sept 2016.


Kajian kepuasan pelanggan mengenai penubuhan unit ini terhadap 400 orang pengadu mendapati seramai 383 orang iaitu 96 peratus menyatakan ia sangat baik, katanya“Saya berharap USLR ini dapat membantu dan memudahkan masalah yang dihadapi pengguna lebuh raya dan akan diperluas lagi perkhidmatannya dari semasa ke semasa,” katanya.

Pasukan USLR terdiri daripada tiga pegawai dan 63 anggota yang ditugaskan mengikut zon masing-masing iaitu Zon Utara (Perlis-Ipoh), Zon Tengah (Ipoh- Seremban), Zon Selatan (Seremban- Johor Bahru), katanya.

Menerusi USLR, pengguna jalan raya yang terlibat dengan kemalangan jalan raya kecil tidak lagi perlu membuat laporan di balai polis berdekatan sebaliknya diselesaikan di lokasi kejadian atau R&R berhampiran.

Sementara itu, Mohd Sheriff dalam ucapannya berkata sempena perayaan Tahun Baharu Cina, pihaknya menjangkakan berlaku pertambahan jumlah trafik di Lebuhraya Utara – Selatan yang akan meningkat kepada 1.6 juta kenderaan setiap hari berbanding 1.45 juta pada hari-hari biasa.

Pihaknya telah membuat persediaan dari pelbagai sudut agar trafik berjalan lancar terutama dari aspek pengagihan trafik antaranya rebat tol dan mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi membantu orang ramai merancang perjalanan mereka, katanya. – BERNAMA

Kategori