Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Mustahil Untuk Curang Selaku...

"KALAU betul saya gagal memberikan kebahagiaan yang Awie cari selama ini, lepaskanlah saya...

Periksa Barangan Disita: Pendakwaan...

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan akan memfailkan permohonan lanjutan masa bagi melaksanakan perintah mahkamah yang...

Rahsia Sebalik Kunyit, Nak...

SIAPA cakap nak cantik kena berbelanja besar? Mudah saja jika nak cantik tapi bergantung...

4 Mangsa Histeria Kongsi...

KOTA BHARU - Isnin lalu kira-kira jam 11 pagi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)...

Pegawai Polis Ditahan Miliki Kenderaan Curi

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan polis ditahan kerana memiliki sebuah kenderaan disyaki kenderaan curi, dalam satu tangkapan di Sabak Bernam, dekat sini, kelmarin

Pegawai berusia 34 tahun terbabit ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Operasi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, jam 6.30 pagi.

Difahamkan, penahanan suspek adalah hasil maklumat dan risikan JIPS Bukit Aman berhubung pemilikannya ke atas Toyota Estima yang dilaporkan hilang di Butterworth, Pulau Pinang pada 2013.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, ketika mengesahkan perkara itu berkata, hasil siasatan di rumah lelaki itu menemui kenderaan terbabit yang kemudian dirampas untuk siasatan.

“Pasukan serbuan menahan lelaki ini kerana gagal memberi keterangan berhubung kenderaan dimilikinya itu.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas lelaki itu didapati negatif,” katanya dalam kenyataan kepada BH.


Mazlan berkata, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggotanya yang terbabit jenayah.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka didapati melanggar undang-undang dan peraturan sedia ada tanpa menyebelahi mana-mana pihak,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri kenderaan bermotor. – BH ONLINE

Kategori