Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ryan Gosling Beri Bunga...

AKTOR kacak Ryan Gosling sekali lagi memberikan penghormatan kepada peminatnya, Ryan McHenry yang mati...

Video: Burung Zaman Dinosaur...

SEBUAH video amatur yang dirakam oleh seorang individu di Amerika Syarikat baru-baru ini...

Turutan Gambar Pilot Jordan...

UMURNYA hanya 26 tahun...Ajalnya begitu ngeri apabila dibakar hidup-hidup dalam sangkar oleh sebuah kumpulan...

MINDEF Sedia Teliti SOP...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedia meneliti keperluan untuk melihat semula prosedur...

Pejabat KM Sarawak Nafi Beri Amaran Kepada Petronas

KUCHING – Pejabat Ketua Menteri Sarawak hari ini menafikan catatan media sosial yang memetik Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebagai memberi ultimatum atau amaran kepada Petronas.

Sambil menyuarakan rasa kesal terhadap berita palsu itu, pejabat Ketua Menteri itu turut menegaskan bahawa Abang Johari tidak pernah berbuat sedemikian.

“Pihak pejabat ini mahu menjelaskan bahawa Ketua Menteri tidak pernah mengeluarkan sebarang ultimatum (amaran) kepada Petronas walaupun adalah menjadi tanggungjawab Petronas untuk mematuhi undang-undang negeri ini sebagaimana syarikat lain yang berminat dengan prospek dan perlombongan di Sarawak.

“Beliau (Ketua Menteri) juga sentiasa menekankan bahawa Sarawak akan bekerjasama dengan Petronas menerusi syarikat minyak yang baru ditubuhkannya, PETROS dalam sektor minyak dan gas di Sarawak berdasarkan ketetapan undang-undang dan Perlembagaan.

“Berita palsu itu adalah sesuatu yang amat dikesali,” kata pejabat itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Menerusi paparan media sosial bertajuk ‘Ultimatum to Petronas, Get Licence or Get Out,’ (Kata Dua kepada Petronas, Dapatkan Lesen atau Keluar) yang tersebar itu, Ketua Menteri Sarawak didakwa memberi kata dua kepada Petronas bahawa syarikat tersebut perlu mendapatkan lesen di bawah Ordinan Perlombongan Minyak Negeri 1958 untuk beroperasi di Sarawak. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori