Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Anwar Tepis Pandangan Sinis...

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak pandangan sinis segelintir golongan...

4 Tuntutan MA63 Belum...

KOTA KINABALU : Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan empat perkara dalam rundingan Mesyuarat...

PAS Rayu Ahli Derma...

PAS memohon penyokongnya beri sumbangan walaupun cuma RM10 untuk bantu kempen parti itu...

Inspektor Didakwa Perdagangkan Wanita...

INSPEKTOR polis dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Klang, hari ini atas dua tuduhan memperdagangkan...

Pekerja Kantin Direman Bantu Kes Dera Bayi

TAIPING – Seorang pekerja kantin ditahan reman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi perempuan yang dipercayai didera di rumah keluarganya di Kampung Paya Baru, Tekah di sini pada Isnin.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah, Noraishah Ahmad di Mahkamah Majistret Taiping terhadap suspek berusia 21 tahun itu, yang juga bapa bayi itu.

Semalam, Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohamad Taib berkata pihaknya menerima laporan daripada Hospital Taiping berhubung kematian bayi berusia enam bulan itu pada 7.30 pagi hari berkenaan.

Beliau berkata hasil bedah siasat terhadap mayat bayi itu di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati mangsa meninggal dunia kerana kecederaan di kepala akibat trauma tumpul.

Kes disiasat menurut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. – BERNAMA

Kategori