Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hina Sultan: Polis Buru...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu sedang mengesan pemilik dua akaun Facebook yang didapati...

PKR Buat Laporan Polis,...

KUALA LUMPUR : Parti Keadilan Rakyat (PKR), hari ini membuat laporan polis terhadap...

Rafizi Ramli Pula Diarah...

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menjadi indvidu ketiga diarahkan agar...

Cuaca Panas Melampau Di...

BUENOS AIRES : Penduduk berasa bagai dipanggang apabila sebahagian besar Argentina dan negara-negara...

Pekerja Kilang Alih Wang Bukan Milik Didenda RM4,000

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja kilang didenda RM4,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengalihkan wang tunai RM5,500 milik seorang penyelia projek ke dalam akaun bank miliknya, tahun lepas.

Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap R. Muniandy, 37, kerana telah menolong mengalihkan wang milik Dzakaria Jantan , 61, yang dimasukkan ke dalam akaun bank CIMB milik tertuduh, yang mana dia mengetahui wang itu bukan miliknya.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Cawangan Brickfields, di sini pada 8.52 malam, 5 Jun 2017, mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia penanggung utama keluarga.

“Saya mempunyai dua anak dan seorang isteri serta menjaga ibu bapa. Saya minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi,” katanya

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran memandang kes seperti ini semakin menular.

“Tertuduh sepatutnya lebih berwaspada supaya tidak membiarkan barangan peribadi seperti kad pengeluaran wang automatik (ATM) disalah gunakan oleh pihak lain,” katanya.


Mengikut fakta kes, mangsa (Dzakaria) telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki bernama ’James’ yang memperkenalkan diri daripada syarikat pinjaman wang dan menawarkan wang kepadanya.

Mangsa telah bersetuju dan mahu membuat pinjaman sebanyak RM30,000 dan pada 5 Jun 2017 mangsa telah memasukkan wang ke dalam akaun bank milik tertuduh sebanyak RM1,000 untuk insurans pinjaman.

Mangsa kemudian memasukkan lagi wang RM2,000 dan RM2,500 ke dalam akaun sama, namun hingga kini mangsa belum mendapatkan pinjaman wang itu dan James gagal dihubungi.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis dan hasil siasatan mendapati akaun bank itu adalah milik tertuduh dan Muniandy telah memberikan kad ATM berserta nombor pin kepada seorang lelaki untuk urusan pinjaman wang. – BERNAMA

Kategori