Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

ECRL Dirunding Semula Beri...

KUALA LUMPUR – Projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang telah dirunding...

Makin Baik Selepas Tamat...

KUALA LUMPUR - Keadaan kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertambah...

Kerajaan Jamin Kesejahteraan Rakyat...

MUAR - Kerajaan tetap memberi jaminan akan mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat walaupun...

Imej Gadis Jalani Pembedahan...

China – Imej seorang gadis remaja bawah umur yang berusia 15 tahun yang...

Pekerja Kilang Warga Nepal Dipenjara 22 Tahun

MUAR – Seorang pekerja kilang perabot warga Nepal dijatuhi hukuman penjara 22 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang rakannya, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Halijah Abbas membuat keputusan itu terhadap Shrestha Sujan, 19, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman tersebut dari tarikh dia ditangkap pada 4 Jun 2016.

Shrestha didakwa menyebabkan kematian rakan senegaranya Hom Bahadur Magar, lelaki berusia 30-an, di asrama rumah kongsi pekerja kilang Poh Keong Industri Sdn Bhd, Batu 7 ½ Bakri di sini antara 11 malam dan 11.50 malam, 4 Jun 2016.

Lelaki itu didakwa mengikut pertuduhan pindaan iaitu Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Sebelum ini, dia didakwa mengikut Seksyen 302 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Mengikut fakta kes, selepas berlaku pertengkaran, dua saksi melihat Shrestha menikam Hom menggunakan pisau berhulu plastik hitam di bahagian perut, kemudian mangsa menarik pisau berkenaan sebelum mangsa rebah ke lantai.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi, manakala tertuduh diwakili peguam Kharen Jit Kaur. Sebanyak 14 saksi pihak pendakwaan dan seorang saksi pihak pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori