KETIKA pelbagai pihak secara dalaman dan luaran terus menyelar Islam, ia tidak sedikit pun mencalarkan semangat berdakwah dalam usaha menjadikan Islam sebagai addin.
Kesyumulan Islam terus menyala dan bercahaya sebagai Agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Stesen Islam Terbaik Asia, TV AlHijrah terus mengorak langkah dalam memperkasakan Islam sebagai penyelamat kehidupan manusia di dunia dan akhirat.
Justeru, senarai program dakwah diteruskan sepanjang Februari, meraikan tahun kalendar kelapan TV AlHijrah bertapak sebagai stesen Islam pertama di Malaysia.
Terkini, sebuah program bual bicara waktu perdana kini dilancarkan oleh TV Islam Terbaik Asia ini, iaitu Dakwah Live.
Konsep dakwah separa-realiti yang luarbiasa bercirikan penglibatan dan interaksi santai antara penonton di studio bersama pendakwah terkemuka muncul dengan tema dan pengisian yang lebih mengegarkan.
Penyampaian dakwah dan tazkirah berkonsepkan santai dan jujur, serta perkongsian ilmu menyentuh topik gaya hidup masa kini.
Lebih happening, tiap episod siaran langsung ini turut menawarkan hadiah-hadiah menarik secara spontan kepada penonton studio.
Dakwah Live muncul berikutan kejayaan program Labaikallah Musim Haji yang lalu. Dakwah Live menyantuni pendekatan skop tazkirah secara santai dan berhemah. Konsep ini menepati citarasa kontemporari.
Program 1 jam secara langsung ini akan mula bersiaran pada 9 malam, setiap Isnin hingga Rabu. Satu keberanian TV AlHijrah untuk memecah blok tontonan konvensional seluruh saluran nasional yang menjadikan waktu puncak dipenuhi dengan kandungan berbentuk hiburan.
Dakwah Live dihoskan Datuk Dr. Izhar Arif, Datuk Nurhafiza Musa, Dr. Nik Salida Nik Salleh dan Dr. Syarifah Hayati. Selain itu, ramai personaliti terkemuka akan turut muncul sebagai tetamu khas.
Selain Dakwah Live, bulan Februari ini, TV AlHijrah turut memaparkan program menarik seperti Alam Barzakh, Mai Ngaji, Kalam Hikmah, Mimbar dan yang pasti Panggilan Agung serta doa doa dan zikir zikir munajat sepanjang hari.
Jangan lupa. Carilah ilmu dan iktibar demi mengukuhkan syiar dan akhlak ummah bersama pada cendikia Islam di TV AlHijrah.
Rapatkan Saf Demi Islam!
Sumber : IG, Facebook & Website TV AlHijrah