Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Penjaga Kolam Udang Berdepan...

JOHOR BAHRU - Seorang penjaga kolam udang yang sebelum ini mengaku bersalah atas...

Khatan Perempuan Tiada Dalam...

KUALA LUMPUR - Amalan mengkhatan kanak-kanak perempuan di kalangan umat Islam negara ini...

Banjir Sukarkan Bantuan Mangsa...

PENYELAMAT yang membantu mangsa tsunami Selat Sunda pada Rabu berdepan dengan cabaran untuk...

Berpuluh Ribu Rakyat Sertai...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan secara terang-terangan berbohong kepada rakyat apabila mendakwa berpuluh-puluh...

Peluang Graduan, Pekerja Mahir Isi 6,000 Jawatan ETO

PELABUHAN KLANG – Graduan dan pekerja berpengalaman yang diperakukan sebagai ‘Electro-Technical Officer‘ (ETO) berpeluang mengisi 6,000 jawatan dalam bidang penyelenggaraan teknikal kapal di negara ini.

Sehubungan itu, Jabatan Laut Malaysia (JLM) akan mengadakan program latihan ETO selama enam bulan bagi melahirkan pekerja berkelayakan dalam usaha mengurangkan kebergantungan industri kapal dagang tempatan terhadap khidmat penyelenggaraan oleh pegawai teknikal asing.

Ketua Pengarah JLM DatukAbdul Hamid berkata Baharin menerusi program latihan kali pertama itu, jabatan itu menyasar untuk melahirkan 100 pelaut yang mempunyai kelayakan ETO.

“Pemilik kapal-kapal dagang tempatan mahu mempunyai pelaut berkelayakan ETO dan disebabkan itu, seramai 100 pelaut bersijil perakuan ETO akan dilahirkan tahun ini. Kemudian kita akan bantu tempatkan mereka di syarikat perkapalan yang memerlukan.

”Negara memerlukan lebih 6,000 pegawai yang diperakukan dalam bidang penyelenggaraan teknikal kapal,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Baharin berkata memandangkan Malaysia turut menjadi anggota konvensyen ‘Standard Training Certification and Watchkeeping’ bersama-sama 31 negara lain yang mengiktiraf perakuan ETO, program latihan ETO itu boleh membantu pelaut tempatan melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa pada masa depan.

Menurutnya bidang penyelenggaraan elektrik dan teknikal kapal mampu menjadi antara pilihan pekerjaan yang diminati graduan masa depan memandangkan gaji yang ditawarkan agak lumayan sehingga mampu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.

Mengulas mengenai program latihan ETO, yang dibangunkan dan diselaras dengan kerjasama Technology Depository Agency Bhd (TDA), beliau berkata ia merangkumi latihan tiga bulan di laut dan tiga bulan lagi di Akademi Laut Melaka atau Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak.


“Sebagai permulaan, kesemua 100 pelatih ini akan ditaja oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dengan mereka dibahagikan kepada 20 orang dalam lima kumpulan. Bagi kumpulan pertama yang sedang dilatih, mereka yang terpilih adalah graduan kejuruteraan elektrik dan elektronik dari Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Teknologi Mara.

“Dengan latihan yang mereka dapat, kami bantu seorang graduan untuk memperoleh gaji sekurang-kurangnya RM5,000 hingga RM6,000 sebulan,” katanya.

Bagi pengambilan pelatih yang pernah bekerja pula, Baharin berkata pihaknya akan mengambil kira pengalaman sekurang-kurangnya 12 bulan dalam bidang kejuruteraan elektrik dan teknikal termasuk bagi juruelektrik penyelenggaraan kapal serta bekas tentera laut.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif TDA Datuk Zailani Safari pula berkata pihaknya menyasarkan 500 pelaut berkelayakan ETO dilahirkan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Namun, katanya, jumlah itu hanya meliputi 10 peratus daripada keperluan industri tempatan semasa dan pihaknya akan menggiat usaha bagi menjalin kerjasama dengan lebih banyak institusi untuk melahirkan lebih ramai pelaut berkelayakan pada masa depan.

Maklumat lanjut program itu boleh diperoleh di laman web www.yayasanpeneraju.com.my atau laman Facebook Seafarer Management Centre selaku organisasi di bawah JLM yang menyelaras permohonan berkenaan dari semasa ke semasa. – BERNAMA

Kategori