Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Balas Dendam Dengan Cium...

NEW DELHI – Jika di Malaysia kecoh dengan kempen sentuh anjing, lain pula...

Anuar Zain Tolak Tawaran...

PETALING JAYA (Selangor)  - Penyanyi Anuar Zain tidak berminat untuk terlibat sebagai juri...

Rindu… Walau ‘Pergi’ Baru...

53 TAHUN terjalinnya ikatan perkahwinan dengan bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik...

Terengganu Ambil Positif Agenda...

DUNGUN - Kerajaan negeri memandang positif usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memberi...

Pemimpin Pembangkang Lidah Bercabang

KOTA BHARU – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menyelar sikap pemimpin pembangkang yang disifatkan bersikap lidah bercabang dalam isu membabitkan hubungan Malaysia dengan China.

Mustapa berkata tuduhan segelintir pemimpin pembangkang yang cuba mengelirukan dan menyemai kebencian dalam kalangan rakyat dengan menuduh kerajaan menggadai kedaulatan negara menerusi hubungan strategik itu adalah tidak benar.

“Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang juga ke China untuk mempromosikan pelaburan (di negeri-negeri yang ditadbir mereka). Pemimpin mereka hanya lidah bercabang dan cakap tak serupa bikin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara CIDB MyIBS Sdn Bhd dengan Persatuan Kontraktor Perumahan Kelantan (PKPK) di sini, hari ini.

MoU berkenaan dimeterai oleh Timbalan Pengerusi CIDB MyIBS Sdn Bhd Datuk Elias Ismail dan Presiden PKPK Hasniro Abdullah.

​​​​​​​​​​​​​​Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Seri Zohari Akob dan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid.

Kelantan merupakan negeri kedua selepas Terengganu yang menandatangani MoU berkenaan yang bertujuan memberi pendedahan berkaitan aspek teknikal dalam Sistem Binaan Berindustri (IBS) kepada kontraktor terutama yang bersaiz kecil ketika kerajaan berhasrat menggunakan teknologi tersebut secara sepenuhnya menjelang 2020.


Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan sebagai berkata kerajaan tidak akan membenarkan sebarang percubaan merosakkan hubungan dua hala yang kukuh antara Malaysia dan China dan tindakan pembangkang hanya bertujuan untuk menyemai kebencian rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Mengulas lanjut, Mustapa berkata China merupakan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia ketika ini dan Malaysia perlu mengambil kesempatan untuk meningkatkan lagi hubungan yang sedia terjalin sebelum ini.

Beliau berkata tuduhan pembangkang bahawa Malaysia menjual kedaulatan kepada negara berkenaan adalah tidak berasas kerana Malaysia mempunyai pelbagai institusi yang menjaga kepentingan negara daripada tergadai.

“Kita ada Parlimen, ada Dewan Rakyat, ada Dewan Negara, ada Bank Negara, dan institusi-institusi ini akan bertindak untuk mempertahankan kedaulatan negara,” katanya. – BERNAMA

Kategori