Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Op Nyah 2: Polis...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis cedera di lutut kanan setelah bergelut dengan...

ADUN Cadang K’jaan Johor...

KOTA ISKANDAR – Seorang penyokong kerajaan hari ini mencadangkan supaya kerajaan negeri Johor...

Isu Pelajar: Bagaimana Kita...

DALAM satu sesi bertemu pelajar di Kem Motivasi - penulis diminta menegur sikap...

MAIK Agih Daging Korban...

KOTA BHARU : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengagihkan...

Pemvaksinan Anti Rabies Secara Besar-Besaran

KUCHING – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak akan mengadakan program pemvaksinan anti rabies secara besar-besaran di dua lokasi di Kuching pada Sabtu ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata program yang sama akan diadakan di Miri pada Ahad manakala di Sibu pada Rabu (14 Feb) depan.

Beliau berkata dua lokasi di Kuching ialah Dewan Persatuan Masyarakat Kawasan Penempatan Semula Stampin, Lorong 17A, Stutong serta Dewan Serbaguna SUPP Tupong, Batu 8, Sungai Tengah, Jalan Matang, dan masing-masing satu Dewan Suarah Miri serta Dewan Serbaguna, Selangau dekat Sibu.

“Di Kuching program akan diadakan bermula 9 pagi hingga 2 petang, di Dewan Suarah Miri program bermula 9 pagi hingga 2 petang manakala di Dewan Serbaguna, Selangau dekat Sibu program bermula 9 pagi hingga 4 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu pemilik haiwan diminta untuk membawa semua anjing yang masih belum divaksin untuk mendapat suntikan tersebut. – BERNAMA

Kategori