Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Mohon Astro...

"Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul."Nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir...

Negara Miliki 1.8 Juta...

GEORGE TOWN - Kajian Jabatan Perikanan Malaysia mendapati kawasan perairan negara mempunyai 1.8 juta tan ikan laut dengan nilai semasa...

Video: Honda Kembali Menyengat...

SEBAGAI peminat tegar kereta Jepun, pengenalan model-model baru yang dikeluarkan oleh Honda pada...

JAKIM Terima Kritikan Perbaiki...

BANGI - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengalu-alukan kritikan bersifat membina tetapi bukan...

‘Penang Cun’ Slogan Sektor Pelancongan P.Pinang

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan ‘Penang Cun’ sebagai slogan terbaharu bagi sektor pelancongan negeri itu bermula tahun ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng ketika mengumumkan slogan itu pada majlis perasmian fiesta Belon Udara Panas 2018 di Padang Polo, di sini malam tadi berkata penganjuran pelbagai acara menarik seperti fiesta belon udara panas itu menyumbang kepada idea untuk mewujudkan slogan itu.

“Kita berasa amat bertuah kerana dapat menyaksikan fiesta belon udara panas di Pulau Pinang kerana ini merupakan satu-satunya fiesta belon udara panas di Malaysia selepas Putrajaya menamatkan fiesta sedemikian tahun lalu,” katanya ketika berucap pada majlis itu, di sini malam ini.

Pesta Belon Udara Panas 2018 kali keempat itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Turut hadir isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Majimor Sharif dan Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mohd Rashid Hasnon bersama wakil konsulat dan pegawai-pegawai eksekutif yang terlibat.


Fiesta yang berlangsung hari ini dan esok itu menampilkan sebanyak 16 belon besar dari serata dunia termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Belgium, Jerman, Brazil, Sepanyol, Taiwan, Thailand, dan India.

Selain disajikan dengan kepelbagaian belon udara panas, para pengunjung juga berpeluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang telah disediakan seperti ‘water orb’, ‘roller orb’, tampolin, dan lain-lain. – BERNAMA

Kategori