SEORANG penari gelek telah ditangkap di Mesir kerana melakukan perbuatan tidak bermoral dengan bergelek dalam keadaan seksi serta menjolok mata yang keterlaluan.
Ekaterina Andreeva, 31, yang menari di kelab malam di Giza, telah ditangkap selepas video yang menunjukkan dia bergelek telah menjadi tular di negara berkenaan.
Dalam video itu, dia yang menggunakan nama pentas Gawhara, memakai pakaian yang menjolok mata manakala gelekannya itu pula dianggap kelucahan yang melampau.
Dia ditangkap kerana disyaki menggalakkan golongan muda untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.
“Peraturan menetapkan bahawa penari perlu memakai pakaian dalam dan Gawhara tidak memakainya, jadi sudah tentu ia satu provokatif,’’ kata pendakwaraya, Hatim Fadl.
Ekaterina bagaimanapun telah dibebaskan dengan ikat jamin. Dia merupakan seorang penari dan mempunyai studio tarian di Moscow yang dimiliki bersama suaminya.
Selain melakukan provokasi, Ekaterina juga tidak mempunyai permit kerja. Dia kini dilaporkan diharamkan menari untuk sementara waktu. – MYNEWSHUB.CC