Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemandu Jentolak Mabuk Bunuh...

Christophe de Margerie, eksekutif minyak Perancis yang terbunuh malam Isnin lalu apabila jet...

16 Juta Ayam, Itik...

PARIS – Kementerian Pertanian Perancis menyatakan bahawa kira-kira 16 juta ayam, itik dan...

Menteri Baharu Indonesia Warga...

JAKARTA - Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia, Archandra Tahar, yang baharu...

Imigresen Sarawak Tahan 29...

KUCHING - Sebanyak 27 warga Indonesia serta masing-masing satu warga China dan Bangladesh...

Penat Kerja, Posmen Ini Buang Surat Ke Tong Sampah

SINGAPURA – Seorang posmen SingPost terpaksa dipecat setelah dia didapati selamba membuang banyak surat selain sejumlah surat yang dikembalikan penerima di sebuah kondominium di sini.

Demikian tegas jurucakap SingPost menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini sebagai menjawab pertanyaan agensi berita tempatan Mediacorp mengenai satu rakaman video yang tular di media sosial republik itu.

Ia yang menunjukkan dengan jelas tindakan spontan seorang individu bersemuka dengan posmen berkenaan dan beliau mendakwa petugas agensi pos tersebut sengaja membuang beberapa surat terus ke dalam tong sampah.

Menerusi video tersebut, posmen berkenaan boleh didengar mengakui bahawa dia memang membuang surat itu malahan mengadu bahawa dirinya berasa amat penat selain dilayan dengan tidak adil oleh pihak tertentu.

Posmen yang tidak didedahkan identitinya itu mendakwa dia berasal dari China dan akibat keletihan, lelaki itu menyatakan perlu jumpa doktor kerana kakinya sakit apabila terpaksa hantar lebih 2,600 pucuk surat sehari.

Mengesahkan insiden yang berlaku di sebuah kondominium pada Rabu lalu, jurucakap SingPost menyatakan bahawa syarikat pos tempatan itu tidak boleh menerima sama sekali alasan perbuatan tidak amanah sedemikian.


“Kami tidak boleh menerima sama sekali perbuatan tersebut dan dia sudahpun dipecat serta-merta. SingPost ingin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana memaklumkan perkara ini kepada pihak kami.

“Kami juga meminta maaf kepada para penduduk atas kesilapan tersebut. Kami sudah mendapatkan semula surat-surat yang dibuang dan akan memprosesnya,” menurut jurucakap tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori