Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Pesawat Pengawasan Maritim Airbus C295 Tiba Di Malaysia

PETALING JAYA - Pesawat pengawasan maritim canggih Airbus  C295 kini berada di Malaysia, iaitu antara negara persinggahannya dalam jelajah Asia selama...

Hospital Bera Mula Operasi...

BERA - Hospital Bera yang dalam peringkat akhir pembinaan dijangka memulakan operasi pada...

Lelaki Tergamak Bakar Kawan...

YOGYAKARTA: Hanya tidak berpuas hati disebabkan urusan jual beli ikan, seorang remaja tergamak...

Barisan Kepimpinan PKR Jangan...

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail...

Penduduk, Anggota Keluarga Menanti Maklumat Terkini

KUALA LUMPUR – Kawasan sekitar Pos Kawalan Bomba (PKB) di Kampung Paya Jaras dipenuhi penduduk setempat dan anggota keluarga mangsa yang dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Gasi, berhampiran Kem Sungai Buloh bagi mendapatkan maklumat terkini insiden tersebut.

Tinjauan Bernama mendapati anggota polis mengawal lalu lintas dan memasang garisan kuning selain meminta orang ramai mengalihkan kenderaan bagi mengurangkan kesesakan di kawasan itu.

Selain itu, petugas media turut berkumpul bagi mendapatkan perkembangan semasa.

Setakat 11 pagi ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan untuk mencari tiga lagi mangsa yang dilaporkan masih hilang.

Mereka ialah Rapawi Jum’ada, 37, Jaleha Hashim, 48, dan Silawati Zailan, 31.


Semalam, mayat Hashir, 38, seorang warga Indonesia ditemukan kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian pada 9.49 malam manakala mayat Jamaluddin Rapawi, 14, yang lengkap berpakaian ditemukan tersangkut pada pokok pada 1.26 pagi tadi, sembilan kilometer dari lokasi kejadian. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

Kategori