Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Video: Kisah Benar Sebalik...

SUASANA Ramadan tidak lengkap rasanya jika tidak diringi iklan-iklan menarik bersempena Hari Raya...

Fattah, Fazura Bercerai Talak...

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura...

Terengganu Antara Negeri Terendah...

KUALA TERENGGANU - Terengganu mencatatkan antara negeri terendah membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan...

Penghantar Makanan Tikam Isteri...

AMPANG: Seorang penghantar makanan dipenjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen...

Penempatan Sementara Untuk Mangsa Kebakaran

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor sedang mencari penempatan sementara yang sesuai untuk mangsa kebakaran rumah setinggan Jalan Imam Kampung Melayu Pandan di sini, kata Anggota Parlimen Pasir Gudang Datuk Normala Abdul Samad.

Beliau berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat mangsa terlibat untuk memudahkan bantuan disalurkan.

“Kita melihat kepada semakan kalau boleh dapat penempatan sementara yang disediakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) atau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)…kita perlu semak sama ada terdapat kekosongan di kawasan yang terpilih.

“Kita akan bantu dari segi pakaian dan penempatan selepas selesai mendapatkan maklumat mengenai mangsa,”katanya kepada Bernama selepas melawat lokasi kebakaran itu hari ini.

Pada masa ini, katanya, ada mangsa yang menumpang di rumah saudara mereka.

Normala berkata pihaknya sedang berusaha mengesan pemilik dan penyewa rumah di kawasan kebakaran itu kerana kebanyakan meraka bukan penduduk tempatan.


Selain itu, katanya, Skuad Sayang Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang akan memberi bantuan seperti makanan dan keperluan harian.

Kebakaran petang semalam itu memusnahkan enam buah rumah dan menyebabkan 17 keluarga hilang tempat tinggal. – BERNAMA

Kategori