Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Forex: Penubuhan RCI Tanpa...

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan tidak seharusnya mempolitikkan keputusan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Pertandingan Ratu Kaki Panjang...

CHINA – Kaki panjang kini menjadi kegilaan wanita di China hingga satu pertandingan...

HTC One M9 Dan...

LANJUTAN daripada pengumuman pihak Google berkaitan Android M, pihak HTC sekali lagi menjadi yang...

500 Keluarga Orang Asli...

GUA MUSANG – Kira-kira 500 keluarga masyarakat Orang Asli di beberapa kampung di...

Penganjur Didenda Peserta Tatu Berbogel

PENGANJUR satu festival tatu di Thailand telah dihukum denda kerana membenarkan peserta yang mengambil bahagian berbogel sambil merayau di sebuah pusat beli belah.

Festival Tayong Tattoo Convention II itu diadakan cuti hujung minggu lalu dan telah menarik perhatian ramai lelaki dan wanita yang merupakan peminat tatu.

Selain penganjur yang didenda 5,000 baht (RM620) bagi setiap peserta yang berlakuan lucah, ketua polis di situ juga dikenakan tindakan disiplin dan ditukar ke bahagian lain kerana memberikan permit penganjuran festival itu.

Peserta berbogel kerana ingin menunjukkan tatu di seluruh badan mereka. Perbuatan peserta lelaki dan wanita itu telah mengakibatkan pengunjung pusat beli belah itu tidak selesa dan marah.

“Ia langsung tidak sesuai dengan budaya dan tradisi penduduk Thai. Ia sepatutnya diadakan di tempat lain iaitu di tempat di mana hanya mereka sahaja yang ada,” kata seorang pengunjung.


Susulan kes itu, satu jawatankuasa polis telah ditubuhkan bagi menyiasat bagaimana acara terbabit boleh diadakan.

“Kami memohon maaf kepada orang ramai di atas perbuatan ini. Polis dan pihak pengurusan pusat beli belah langsung tidak tahu mengenai acara ini,” kata jurucakap polis. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori