Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Notis kepada juruterbang elak...

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan sudah mengeluarkan Notis Kepada Juruterbang (NOTAM) bagi semua syarikat penerbangan...

Abang Johari Beri Penerangan...

KUCHING - Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini memberi...

Bantahan Memuncak: PAS Selangor...

KUALA LUMPUR - Bantahan umat Islam ke atas penganjuran konsert artis paling seksi...

Hasil Dakwah Adam Corrie,...

SIAPA sangka meskipun bukan dilahirkan sebagai Islam namun itu bukan alasan buat pelakon Adam Corrie...

Penjawat Awam Sabah Diminta Beri Kerjasama

PUTATAN – Penjawat awam di Sabah diingatkan agar terus memberi kerjasama penuh kepada kerajaan negeri sedia ada di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dalam usaha kerajaan memacu pembangunan di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin berkata kerjasama seumpama itu bukan sahaja dapat membantu kerajaan negeri meneruskan pembangunan malah boleh meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat negeri itu.

“Sebagai contoh, dalam aspek kesejahteraan rakyat, kerajaan sentiasa mengambil kira keperluan dan kehendak rakyat melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Oleh itu, penjawat awam hendaklah mendukung apa sahaja gerak kerja kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara yang maju,” katanya ketika berucap pada majlis Amanat Pemimpin Bersama Penjawat Awam di Dewan Sri Putatan, dekat sini, hari ini.

Katanya, penjawat awam perlu menghargai pelbagai penambahbaikan dan transformasi yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. – BERNAMA

Kategori