Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Azmin ‘Sindir’ Mahathir Fitnah...

BIMBANG ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad perlekeh mufti dalam isu tragedi Memali dikecam...

TPM Tekad Tangani Masalah...

SRI AMAN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Pengarah Kanan Yapeim Direman...

PUTRAJAYA - Seorang pengarah kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) direman lima...

“Pandang Positif… Saya Bukan...

MEMBUKA akaun media sosial untuk anak sering dilihat masyarakat sebagai salah satu medium...

Penyelidikan Di Malaysia Perlu Disertai Integriti

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata usaha penyelidikan di Malaysia perlu disertai dengan integriti dan kebertanggungjawaban.

Katanya para penyelidik harus mematuhi Kod Malaysia bagi Tatacara Kebertanggungjawaban dalam Penyelidikan yang melibatkan kesedaran dan penerapan norma profesional dan prinsip etika yang mantap dalam melaksanakan kegiatan penyelidikan saintifik.

“Kod itu penting bagi meningkatkan keserasian dan kebolehpercayaan bagi usaha penyelidikan dan inisiatif inovasi kita, dan sukacita saya melaporkan bahawa ia telah disahkan di bawah Majlis Sains Negara yang dipengerusikan perdana menteri,” katanya semasa berucap melancarkan Modul Pendidikan Tatacara Kebertanggungjawaban bagi Penyelidikan (RCR) di sini hari ini.

Ucapannya disampaikan timbalannya Datuk Mary Yap Kain Ching.

Idris berkata dengan mematuhi kod itu ia juga menggalakkan pelaksanaan dasar dan strategi yang cekap menerusi ketelusan dan akauntabiliti, mengelak tingkah laku yang tidak boleh diterima dalam penyelidikan dan pembangunan, dan meminimumkan penyalahgunaan dana.

Beliau berkata secara global, negara maju seperti Amerika Syarikat mempunyai kod amalan kebertanggungjawaban penyelidikan mereka sendiri dan untuk menggalakkan penyelidikan yang berintegriti.

Kata Idris, dengan memiliki bakat berkemahiran tinggi dalam bidang sains, kejuruteraan dan matematik dengan set minda yang betul adalah komponen penting dalam perkembangan program transformasi Malaysia.


“Bakat ini bukan sahaja harus berpengetahuan, tetapi juga mampu membezakan mana yang betul dan salah, untuk menjalankan kajian mengenai sains bagi menambah baik kesejahteraan masyarakat dan bukan untuk keuntungan peribadi,” katanya.

Sementara itu, CRC yang dibangunkan oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia sebagai bahan rujukan bagi meningkatkan kesedaran, dan pengetahuan serta membudayakan etika dan integrasi saintifik di kalangan penyelidik.

ASM, melalui Rangkaian Saintis Mudanya dan AKEPT mengadakan bengkel dengan lebih daripada 1,000 saintis muda Malaysia sejak 2013 dan mendapati keperluan untuk mempunyai modul berstruktur untuk mendidik dan mengamalkan sains yang bertanggungjawab di kalangan penyelidik tempatan. – BERNAMA

Kategori