Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bapa Dijel Sebulan, Denda...

KUALA LUMPUR - Seorang bapa dihukum penjara sebulan dan denda RM2,500 oleh Mahkamah...

Enam Nelayan Thai Selamat,...

PASIR PUTEH - Enam nelayan warga Thailand berjaya diselamatkan manakala seorang dilaporkan hilang...

Punca Bukan Dari Sisa...

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal menafikan pencemaran bau...

BN, UMNO Mungkin Berdepan...

JOHOR BAHRU : Barisan Nasional (BN) dan UMNO dijangka berdepan kempen berbaur fitnah...

Perbaiki Diri, Fathia Lebih Waspada Dalam Beri Komen

CERITERA hidup pelakon sensasi, Fathia Latiff yang sebelum ini sering terpalit dengan pelbagai kontroversi panas ternyata memberi ‘kesan’ terhadap nya untuk melakukan perubahan pada diri.

Fathia atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff mengakui dia kini dalam proses perbaiki diri untuk menjadi lebih baik di sisi rohani sekali gus dijadikan teladan oleh semua pihak.

Kata Fathia, kontroversi yang membelenggu diri bukan sahaja memberi ruang muhasabah diri tetapi turut mengajar dirinya untuk menjadi lebih tabah.

“Secara peribadi, kontroversi demi kontroversi yang melanda diri semakin mematangkan saya dalam meniti jatuh bangun sebagai anak seni.

“Sebab itu, saya ambil pendekatan untuk berdiam diri sekarang bila nama terpalit kontroversi untuk meredakan serta tidak mahu memburukkan lagi keadaan,” katanya dipetik Harian Metro, hari ini.

Di samping itu, Fathia turut menyatakan bahawa segala kontroversi hangat yang melanda diri secara tidak langsung menjejaskan nama baik serta masa depan kariernya dalam dunia lakonan.

“Siapa yang tidak berasa kecewa dan merajuk apabila nama digugurkan daripada projek drama pada saat akhir dan nama saya juga seolah-olah disenarai hitam stesen televisyen swasta?

“Kini, saya mahu bermuhasabah diri dan menjadi Fathia yang baru. Saya berharap semoga diri ini diberi peluang kedua untuk kembali aktif dalam bidang lakonan yang diceburi sejak dulu,” katanya.

Sehubungan itu, Fathia kini mengambil langkah untuk lebih berhati-hati terutamanya dalam mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun komen di laman sosial kelak.


“Sebagai selebriti, saya memang tidak arif mengenai isu politik dan komen yang dikeluarkan sebelum ini juga ikhlas sebagai rakyat.

“Namun, kenyataan yang saya buat itu disalah tafsir oleh netizen hingga mencetuskan kontroversi dan menjejaskan nama baik dalam bidang hiburan tanah air,” ujarnya.

Sepanjang tahun 2017, Fathia antara yang tidak lepas daripada mencipta kontroversi sehinggakan rata-rata netizen menganggap aktres tersebut sebagai artis paling bermasalah bagi tahun tersebut.

Berbanding dengan selebriti lain, Fathia adalah antara yang paling ‘aktif’ terutamanya di Twitter dengan meluahkan pelbagai hujah dan pandangan tersendiri.

Apapun, semoga tahun 2018 ini mampu memberi lembaran baru buat Fathia yang mana memiliki lebih banyak kebaikan kepada diri kelak! – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori