Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

RTS Dilanjut 6 Bulan...

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan lanjutan enam bulan bagi Projek...

Murid Darjah Enam Cedera...

KLANG - Seorang pelajar tahun enam cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga...

Ekonomi Akan Terus Meningkat...

KUALA LUMPUR – Kemenangan mengejut Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14,...

Dr Noor Hisham Muncul...

KUALA LUMPUR - Setiap individu boleh menjadi wira melawan COVID-19 hanya dengan mengamalkan pembudayaan norma baharu yang...

Perlu Sedar Risiko Pinjam Wang Along – TPM

KUANTAN – Mereka yang memilih untuk meminjam wang daripada peminjam wang haram atau along harus sedar risiko yang perlu ditanggung, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menambah walaupun terdapat pelbagai alasan yang menyebabkan mereka terdesak berbuat demikian, namun perkara itu perlu difikirkan sedalam-dalamnya oleh peminjam supaya tidak terjadi ‘sudah terhantuk baru terngadah’.

“Perkara ini memerlukan tindakan segera daripada peminjam itu sendiri…kita tidak mahu campur tangan dalam urusan peribadi mereka tapi dalam masa sama kita mahukan kerjasama daripada peminjam.

“Jika mereka diugut atau sebagainya, mohon maklumkan kepada polis dengan segera supaya tindakan boleh dilakukan lebih awal,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman.

Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas tindakan sekumpulan individu dipercayai along mengunci dari luar sebelum membakar sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Cheras Prima, Kajang, Selangor semalam, yang menyebabkan enam sekeluarga nyaris maut.


Sementara itu, mengulas mengenai mesyuarat itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata beliau berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan PDRM bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kesiapsiagaan PDRM melibatkan aspek ketenteraman dan keselamatan ketika dan selepas pembubaran (Parlimen) serta pada hari pengundian dan selepas tamat pengundian.

“Kita yakin dengan persiapan yang dilakukan telah mengambil kira semua aspek yang diperlukan untuk menjaga ketenteraman awam,” katanya. – BERNAMA

Kategori