Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kes UPSR: Dua Lagi...

PUTRAJAYA -  Dua lagi guru direman hari ini selama empat hari bagi membantu...

Kain Rentang ‘FAM Bangsat’...

IPOH - Perlawanan di antara pasukan Perak dan Johor Darul Takzim (JDT) semalam...

Melaka Import 2 Pemain...

MELAKA - Pasukan Melaka United mendapatkan dua pemain import baharu bagi memperkukuhan lagi...

Sanggup Racun Semua Anak...

TRAGIK... Seorang ibu tergamak membunuh tiga anaknya setelah mengetahui bahawa suaminya telah bernikah...

Permata Sedia Kerjasama Dengan Felcra Tubuh Taska

KUALA LUMPUR – Permata Negara (Permata) bersedia bekerjasama dengan Felcra Berhad bagi menubuhkan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau taska di setiap pejabat Felcra di seluruh negara.

Penaungnya Datin Seri Rosmah Mansor berkata penubuhan taska di setiap pejabat Felcra membolehkan pekerja wanita termasuk anggota Wanita Dinamis Felcra (Wadira) menghantar anak masing-masing ke taska tersebut.

“Saya memahami bahawa Wadira begitu giat memajukan diri dan keluarga dengan terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Namun, saya menyarankan agar ahli Wadira tidak lupa tanggungjawab mereka terhadap pembangunan anak-anak, khususnya di awal usia.

“Dengan adanya taska di tempat kerja, maka tenaga kerja wanita akan dapat dioptimumkan serta produktiviti dipertingkatkan ekoran daripada kestabilan emosi mereka (pekerja wanita) yang mengetahui anak mereka berada dalam jagaan yang baik.

“Dalam hal ini, Permata bersedia memberi kerjasama kepada Felcra dan Wadira dalam usaha ini,” katanya dalam ucapannya semasa Majlis Perasmian Konvensyen Perdana Wadira di sini, hari ini.

Wadira merupakan sebuah organisasi wa­nita yang bertindak sebagai penyelaras dalam merencanakan aktiviti-aktiviti sosial dan ekonomi untuk Felcra.

Turut hadir ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.


Sementara itu, isteri Perdana Menteri itu turut memuji usaha Felcra yang memberi penekanan terhadap pembentukan komuniti keusahawanan dalam kalangan wanita.

Sejak ditubuhkan pada 1979, Wadira kini mempunyai 17,562 anggota dengan 83 cawangan di seluruh negara.

Pada majlis tersebut, Rosmah turut diangkat sebagai Ikon Inspirasi Wadira Felcra atas sumbangannya dalam pembangunan sosioekonomi wanita dan kanak-kanak daripada Felcra.

Anugerah tersebut disampaikan Pengerusi Felcra, Datuk Seri Bung Moktar Radin. – BERNAMA

Kategori