Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PM Umum Bantuan RM500...

KUALA KANGSAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan...

Remaja Antara Individu Ditahan...

MIRI - Polis Sarawak menahan 50 individu menerusi 36 serbuan terhadap pusat perjudian...

Mahathir Layak Dinobat ‘Pelakon...

JERANTUT - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pengerusi Pakatan Harapan,...

Nama Pakatan Harapan Tak...

GEORGE TOWN - Buat masa ini nama Pakatan Harapan tidak akan ditukar sekalipun...

Perniagaan Sosial Mampu Tingkat Pendapatan Rakyat

SERDANG – Perniagaan sosial mampu membantu meningkatkan ekonomi sesebuah negeri kerana ia mendorong rakyat mencari sumber pendapatan sendiri, kata Professor of Practice, Putra Business School (PBS), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menteri Besar Perak itu berkata perniagaan sosial adalah perniagaan yang ditubuhkan untuk menangani masalah sosial melalui kewangan yang stabil dan meningkat.

“Contohnya, program yang telah dibangunkan kerajaan negeri Perak adalah Kiosk Aman Jaya.”

“Konsep perniagaan sosial ini dilihat mampu mengatasi masalah miskin bandar, sosial dan isu keselamatan dalam kalangan penduduk­,” katanya ketika memberi syarahan awam mengenai Perniagaan Sosial anjuran PBS dengan kerjasama Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Putra Students Association (PSA) di UPM, hari ini.

Tambahnya, Bandaraya Ipoh adalah bandar raya kelima di dunia dan kedua di Asia yang diisytihar sebagai Bandar Perniagaan Sosial.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PBS, Prof Dr Zulkornain Yusop berkata matlamat sesi perkongsian ini adalah untuk mendedahkan golongan pelajar dan pensyarah mengenai topik perniagaan sosial.

“Perniagaan sosial adalah sesuatu topik yang bagus kerana ia adalah perniagaan yang tidak mengejar keuntungan semata-mata tetapi lebih kepada membantu dan memberi peluang kepada semua pihak dalam masyarakat,” katanya kepada Bernama.


Tambah Zulkornain, dalam majlis yang dihadiri lebih 200 peserta itu, pengasas Sister Sabria Foundation, Sabariah Hussein, 70, atau lebih dikenali sebagai Sister Sabria turut berkongsi pengalamannya dalam membantu masyarakat kurang bernasib baik di Montreal, Kanada.

Turut hadir, Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

PBS yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Pengajian Pengurusan Siswazah, UPM adalah sebuah sekolah perniagaan lepasan ijazah swasta di Malaysia.

Semua program yang ditawarkan di PBS juga mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Program akademik yang ditawarkan adalah Professional MBA, Specialised MSc and PhD. PBS juga terlibat dalam aktiviti penerbitan, penyelidikan, perundingan dan pembangunan perniagaan. – BERNAMA

Kategori