Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anwar Marah Serangan Ke...

KUALA LUMPUR - Pembunuhan kejam yang berlaku di pejabat akhbar mingguan Charlie Hebdo...

Batal Majlis Kahwin, Hans...

PELAKON dan penerbit popular, Dato' Hans Isaac baru sahaja mengeluarkan kenyataan mengenai pembatalan...

Tokan Wanita ‘Sangkut’ Bawa...

SERDANG - Tindakan seorang tokan wanita menyembunyikan 50 ketulan mampat ganja dalam guni...

Mengapa UPM Anugerah Hampir...

Berikut kenyataan oleh Ketua Penerangan Keadilan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin:Hairan kenapa...

Peruntukan RM300 Juta Laksanakan Projek ORS

MELAKA – Kerajaan negeri menerima peruntukan RM300 juta bagi perlaksanaan projek pembinaan Off-River Storage (ORS) di dua lokasi di Chinchin di Jasin dan Lubok Cina di Alor Gajah di sini, untuk pengurusan air bersih yang lebih efektif dan menjimatkan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata peruntukan yang diumumkan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air itu juga bagi memastikan bekalan air bersih di Melaka tidak terjejas, terutama pada musim kemarau atau menyebabkan bencana banjir ketika musim tengkujuh.

Beliau berkata melalui projek ORS berkenaan juga pengeluaran air bersih oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dijangka turut meningkat sebanyak 310 juta liter sehari menjelang 2020 bagi menampung keperluan semasa pada waktu berkenaan berbanding pengeluaran semasa pada hari ini iaitu sebanyak 580 juta liter sehari.

“Projek ORS ini akan membantu mengurangkan kebergantungan sumber air yang dibeli dari Johor menerusi Sungai Muar, sekali gus mengurangkan kos air mentah dan elektrik sebanyak RM1.5 juta sebulan.

“Ia akan melibatkan pembinaan beberapa kolam yang bertindak sebagai tebatan bagi mengelak berlakunya banjir pada musim tengkujuh dan air yang disimpan di dalam kolam itu akan dipam keluar sekiranya berlaku kemarau,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kerajaan negeri anjuran SAMB di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SAMB Datuk Ir Mohd Khalid Nasir.


Sementara itu, Idris yang juga Pengerusi SAMB berkata kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW) Melaka dijangka dapat dikurangkan kepada 19 peratus menjelang akhir tahun ini berbanding 19.6 peratus pada tahun lepas.

Beliau berkata antara usaha yang dilaksanakan bagi mengurangkan kadar NRW termasuk melaksanakan penukaran paip asbestos uzur dan rosak di bawah tanah secara berterusan. – BERNAMA

Kategori