PETALING JAYA – Bintang remaja Thailand, Phachara Khongwatmai dan Nino Bertasio dari Itali berkongsi sebagai pendahulu pada pusingan kedua Kejohanan Golf Maybank di Kelab Saujana Golf and Country di Subang, hari ini.
Phachara dan Bertasio, masing-masing melakukan tujuh bawah par 65, sekali gus mencatat 133 pukulan selepas dua pusingan.
Empat pemain termasuk bekas pemain nombor satu dunia, Lee Westwood dari England dan rakan senegaranya, Chris Paisley yang merupakan pendahulu semalaman, hanya ketinggalan satu pukulan di belakang kedua-dua pendahulu hari ini.
Sementara itu empat pemain Malaysia – Gavin Kyle Green, Amir Nazrin Jailani, Ben Leong dan Nicholas Fung – berjaya beraksi pada pusingan seterusnya. – BERNAMA